Perkongsian pelakon Pablo Amirul mengenai hubungan istimewa yang dijalinkan bersama seorang pakar estetik Sabar, Dr Hana Rose meraih perhatian warganet baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Bercinta Dengan Dr Estetik Sabah – ‘Ya Allah Terima Kasih Untuk Bidadari Syurga Ini’

Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Mahu Fokus Ibadah Selepas Mengaku Terlibat Dengan Ajaran Sesat – ‘Perubahan Itu Penting, Tapi Jangan Lari Landasan’

Mohon doa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Pablo menyifatkan kekasihnya itu sebagai seorang wanita yang kuat.

Menurutnya, amalan yang dilakukan Hana Rose adalah penyebab aktor berusia 40 itu tertarik untuk melanjutkan hubungan istimewa.

Dia pernah disakiti dan masih tersenyum.

Wanita yang kuat dengan hati yang baik.

Amalan dia buat saya tertarik.

Dalam pada itu, Pablo memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan dalam mendalami ilmu agama.

Sekadar info, Hana Rose pernah menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia mendakwa dirinya dipukul oleh kekasihnya yang juga pemain boleh sepak terkenal.

Daripada pengalaman itu, Hana memaklumkan dirinya mengambil masa hampir dua tahun untuk membuka hati mengenali lelaki baru.

Sumber: Instagram @pabloamirul