berita

‘Pada Masa Itu Hati Dia Mungkin Buta’ – Bella Astillah Beri Penjelasan Video Tak Senonoh Suami

June 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Kosmo

Baru-baru ini viral dua video memaparkan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh sambil menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah bilik itu didakwa seperti penyanyi kelahiran Singapura. Walau bagaimanapun, isteri kepada penyanyi berkenaan iaitu Bella Astillah memberi penjelasan mengenai video-video berkenaan.

Akui bahawa lelaki berkenaan ialah suaminya

Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui bahawa lelaki dalam video berkenaan memang suaminya dan walaupun begitu dia masih memberi sokongan terhadap masa depan suaminya.

Tegasnya lagi, dia mengatakan bahawa video-video berkenaan mungkin video lama ketika suaminya masih jahil lagi mengenai isu agama. Demi mempertahankan suaminya daripada dikecam netizen, Bella mengatakan bahawa Aliff sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka sekeluarga dan perlahan-lahan untuk berubah ke arah kebaikan.

Apa-apa pun yang sudah terjadi masa lepas saya tak nak tahu dan tak nak tengok. Itu zaman jahiliah dia, pada masa itu hati dia mungkin buta.

Masih ada yang cuba jatuhkan Aliff

Namun, masih ada yang cuba menjatuhkan suaminya itu dengan menyebarkan video-video lama berkenaan dan mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat suaminya itu berubah dan bahagia bersama keluarganya.

Sekarang apa yang jauh lebih penting kepada saya dan keluarga adalah dengan terus mendoakan serta memberi sokongan 100 peratus terhadapnya.

Walau bagaimanapun, apabila ditanya mengenai dirinya, Bella memberitahu bahawa dirinya kurang sihat dan doktor telah menasihatkannya agar berehat secukupnya dalam masa dua minggu untuk kembali sihat seperti biasa.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×