berita

‘Pada Suami, Cubalah Penuhi Permintaan Isteri’ – Genap Setahun, Shuib Sebak Kongsi Kenangan Bersama Siti Sarah

August 9th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tanggal 9 Ogos 2022 genap setahun pemergian penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin selepas arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas tiga hari melahirkan anak bongsu, Ayash Affan.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Seumur Hidup First Time Nyanyi Lagu Ni’ – Shuib Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’ Bikin Netizen Sebak

Artikel berkaitan : Shuib Tak Akan Basuh Telekung Kegemaran Siti Sarah

‘Dapat makan tempat you nak’

Terbaharu, pelawak Shuib memuat naik momen bersama Siti Sarah ketika arwah sedang sarat hamil lima bulan. Ujarnya, video berkenaan selalu membuat dirinya berasa sedih kerana rindu seseorang yang sudah tiada lagi di muka bumi ini.

You nak sangat makan dekat tempat favourite you, berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan I pergi ambil, buat pulak muka comel, dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak.

Di dalam video berdurasi kurang seminit itu, memaparkan reaksi wajah kegembiraan Siti Sarah apabila diajak makan di restoran kegemarannya. Momen indah tersebut sempat dirakam sebagai tanda kenangan untuk dirinya.

Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cuba lah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.

Terima kasih doakan Siti Sarah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sementara itu, Shuib sempat mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan arwah isterinya.

Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat. Amin. Al Fatihah buat.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya sebak dengan luahan Shuib. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar Shuib sentiasa kuat demi anak-anaknya.

Memori terindah! Ada juga kenangan. Bila rindu boleh tengok video yang ada,” kata pengguna @abdullahkhairi_official.

Al-Fatihah,” kata pengguna @normanhakim_786.

Bila tengok video ni terasa arwah masih ‘ada’,” kata pengguna @afieza.azizan.

Betul sangat, dahului isteri dari yang lain,” kata pengguna @izma_liana.

Rasa macam masih ada je lagi arwah Sarah ni kat dunia,” kata pengguna @iamsuhaily.

Sumber : shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×