berita

Padah Curang Dengan ‘Makcik Cleaner’, Penjawat Awam Kena 100 Kali Sebatan Di Aceh

April 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Benar lah kata orang cinta itu buta. Daripada bertentangan mata terus terpikat dihati dan akhirnya berlaku curang dengan pasangan sendiri.

Padah jalin hubungan terlarang, ‘kisah’ cinta antara dua individu berkenaan diakhiri di pentas pengadilan di Banda Aceh, Indonesia.

Menduakan isteri demi ‘makcik cleaner’

Sekadar gambar hiasan

Akibat sanggup ‘menduakan’ isteri, seorang lelaki berusia 43 tahun dikatakan curang dengan seorang ‘makcik cleaner’ yang sama usia dengannya.

Lebih mengejutkan lagi, rupanya lelaki berkenaan merupakan suami orang manakala ‘makcik cleaner’ berkenaan merupakan isteri orang. Kedua-duanya telah berkahwin dan sudah mempunyai keluarga sendiri.

‘Keseronokan’ mereka terhenti apabila kegiatan haram mereka telah dihidu oleh pihak berkuasa agama di wilayah berkenaan dan Banda Acheh merupakan satu-satunya wilayah yang mengamalkan sistem perundangan islam.

Hukuman sebat sebanyak 100 kali

Sekadar gambar hiasan

Mereka berdua telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Kes perbicaraan mereka dijalankan di Mahkamah Syariah Kuala Simpang dan hakim telah memutuskan agar mereka dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya mengaku telah menjalinkan hubungan ‘istimewa’ pada tahun yang lalu sedangkan mereka sudah mempunyai keluarga sendiri dan didapati bersalah di bawah Seksen 37(1), (2) dan (3) Kanun Aceh 6/2014, Akta Jenayah.

Sumber : Tribun News

SKIP THIS AD ×