berita

Padah Leka Main Game Bola Di Telefon Bimbit, Bapa Muda Ini Tak Sedar Yang Anaknya…

July 14th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

bayi1.1

Zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Sama ada kita sedar atau tak. Banyak kes melibatkan bayi atau budak kecil dilaporkan sama ada dalam akhbar arus perdana, takpun dalam media sosial.

Ini pulak kes yang tak masuk akal tapi memang ada terjadi. Berlaku di Singapura. Kami share pada korang untuk panduan supaya tak berlaku kepada anak-anak kita pulak. Jom baca.

Mati tercekik susu

bayi2

Kecuaian seorang bapa yang terlalu khusyuk bermain ‘game’ bola sepak di telefon bimbitnya menyebabkan anak perempuannya mati kelemasan. Inkues yang didengar di hadapan koroner pada Selasa lalu mendapati bayi tiga bulan itu mungkin mati tercekik sewaktu diberi susu botol oleh bapanya Mohamed Shiddiq Sazali, 27.

Menurut laporan portal The New Paper Online bapa kepada bayi itu, Reyhana Qailah Mohamad Shiddiq tidak sedar anaknya tercekik dan meronta-ronta menangis kerana terlalu menumpu pada permainan di telefonnya.

Main game bola di telefon bimbit

bayi3

Pada 12 Okt tahun lepas, kira-kira pukul 10:20 pagi, Reyhana ditinggalkan di bawah penjagaan bapa oleh ibunya, Nurraishah Mahzan, 31 di sebuah flat di Telok Blangah Crescent. Shiddiq sambil bermain game bola sepak pada telefon bimbitnya di tangan kanan, menyusu botol sambil meriba anaknya di atas katil di tangan kiri.

Menurut pegawai penyiasat Tony Won, Reyhana menolak botol susu menggunakan lidah namun bapanya dipercayai secara paksa terus menolak botol susu di dalam mulutnya.

Leka bermain, tak beri tumpuan pada bayi

bayi5

(sekadar gambar hiasan)

Reyhana menangis dan mula menendang namun, Shiddiq terus bermain telefon tanpa memberi tumpuan kepada anak perempuannya. Dua minit kemudian, Reyhana terus senyap. Pada masa yang sama, datuk bayi yang baru pulang dari pasar mendapati bayi tersebut pucat dan tidak bergerak dan beliau segera memberi bantuan pernafasan CPR.

Ekoran itu, Reyhana kembali bernafas, memuntahkan susu malangnya, bantuan CPR seterusnya oleh ibu, pegawai polis dan paramedik tidak membawa apa-apa kesan. Reyhana meninggal dunia kira-kira sejam selepas itu di hospital.

Ada kecederaan lama

bayi6

Walaupun polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat, bedah siasat mendapati wujud kecederaan lama termasuk patah tulang rusuk kanannya dan tengkorak. Seorang pakar patologi berkata, kecederaan yang dikesan itu tidak menyebabkan kematian.

Walaupun punca kematian tidak dapat dipastikan, laporan kematian menujukkan sesak nafas atau lemas dan tercekik akibat meminum susu mungkin menyebabkan kematian.

Haihhh…main game tak salah, tapi kalau dah sampai menyebabkan kematian anak itu memang bermasalah. Hargailah nyawa anak kita. Bukan senang nak dapat anak, apatah lagi kalau dah kehilangan anak. Apapun, berhati-hatilah dan waspada dalam menjaga anak kita. Jangan kerana seronok dengan benda yang kita suka menyebabkan kematian pada anak kita pulak.

Sumber: FreeMalaysiaToday

SKIP THIS AD ×