berita

Padah Palsukan Borang Rentas Negeri, Pasangan Kekasih Direman

April 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara memalsukan borang rentas negeri, pasangan kekasih telah ditahan selepas cuba membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan.

Palsukan borang merentas negeri

Sekadar gambar hiasan

Sepasang kekasih yang berumur 38 serta 41 tahun itu telah ditahan kira-kira jam 10 malam semalam kerana memalsukan borang rentas negeri selepas cuba membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pada awalnya lelaki terbabit telah pun membeli tiket bas untuk kekasihnya pergi ke Pulau Pinang  yang juga merupakan warga Vietnam.

Walau bagaimanapun, borang yang dibawa bersamanya oleh pasangan kekasih berkenaan itu kelihatan mencurigakan serta meragukan meyebabkan kakitangan kaunter tiket bas itu membawa mereka ke Pondok Polis TBS untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati, borang rentas negeri berkenaan pernah dikeluarkan sebelum ini namun terdapat beberapa pindaan dibuat ke atas borang itu.

Pasangan kekasih direman

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, pasangan kekasih terbabit telah ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 22 (d) Akta 342.

Tambahnya lagi, perintah reman dibenarkan selama sehari terhadap suspek lelaki mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) manakala bagi teman wanitanya itu dibenarkan selama empat hari bermula dari semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras itu juga mengingatkan bahawa orang ramai perlu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan serta arahan semasa pihak berkuasa dalam sama-sama menangani penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×