berita

Padah Prank Bagi Bantuan Makanan Berisi Sampah, Youtuber Indonesia Ditelanjangi & Dibuli

May 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Dahagakan perhatian dan tumpuan, seseorang sanggup berbuat apa saja asalkan niat tercapai. Youtuber Indonesia, Ferdian Paleka tergamak memberikan sumbangan bantuan berisi sampah semata-mata untuk dirakam bagi tujuan memancing tontonan ramai. Ferdian akhirnya menerima padah apabila pembalasan tiba untuknya lebih cepat dari disangka.

Dirakam kena buli dalam tahanan

https://www.instagram.com/p/B__ewO3Dsvm/

Ferdian dan rakan-rakannya yang sedang berada dalam tahanan polis dibuli oleh penghuni lain. Rakaman video tersebut telah viral di laman sosial republik itu tempoh hari.

Dalam video berkualiti rendah itu, Ferdian dilihat hanya memakai seluar dalam dengan kepala botak. Dia diarahkan untuk melakukan denda squat jump manakala rakannya disuruh tekan tubi (push up). Lelaki yang jelas ketakutan itu juga hanya mengikut arahan perakam video setelah disuruh menyebut ‘Aing belegug’ yang bermaksud ‘Saya bodoh’.

Perbuatan itu hanya diperhatikan sekumpulan tahan lain yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

‘Sumbang’ bantuan sampah

Tahanan telah membuli Ferdian dan rakan-rakan setelah perbuatannya membuat prank kononnya memberi bantuan barangan keperluan asas namun berisi sampah itu menimbulkan kemarahan ramai. Selain Ferdian, dua lagi rakannya turut dituduh terlibat sama dalam perbuatan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Bandung mengesahkan video viral di dalam penjara berkenaan diseludup melalui kiriman makanan kerana ketika ini mereka tidak menerima kunjungan pelawat.

Sumber: Kompas, Hiburan Rakyat

SKIP THIS AD ×