berita

Padah Rogol Nenek Umur 100 Tahun, Pelajar Universiti Dibelasah Penduduk Kampung Sampai Mati

July 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dilaporkan maut dipercayai dipukul oleh penduduk kampung selepas mereka mengesyaki lelaki tersebut telah merogol seorang warga emas berusia 100 tahun.

Rogol nenek umur 100 tahun

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, lelaki berkenaan, Pius Mwireri yang merupakan pelajar universiti di Kenya dipercayai telah menceroboh rumah warga emas terbabit dan merogolnya ketika mangsa tidur. Wanita itu sempat menjerit meminta pertolongan dan penduduk kampung bergegas ke kediaman mangsa untuk menghulurkan bantuan.

Mereka yang berang dengan tindakan itu bertindak memukul lelaki terbabit sehingga mati. Dua orang penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian kemudian melaporkan kepada pihak polis. Mayat Pius Mwireri kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Sementara, warga emas berkenaan turut dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×