berita

Padah Sengaja Meludah Butang Nombor Lif, Lelaki Didenda RM400

March 17th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam viral di media sosial seorang lelaki dilihat meludah ketika berada di dalam lif. Video berdurasi 0:22 saat itu menunjukkan lelaki berbaju merah dengan beg silang tiba-tiba meludah air liur di butang lif. Kejadian menjijikkan itu dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas.

Terbaru, Sinar Harian melaporkan tertuduh, Ang Hock Beng, seorang pekerja pusat snuker mengaku bersalah di Mahkamah Majistret dan didenda RM400.

Sengaja meludah

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, tertuduh didakwa dengan sengaja meludah butang lif di Flat Idaman Melur, Bayan Lepas pada jam 11.45 lagi, 15 Mac lalu. Perbuatannya jijiknya itu boleh menyebabkan kemudaratan dan kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Tertuduh kemudiannya mengaku bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan memperuntukkan denda sehingga RM400.

Mohon denda dikurangkan

Ketika hukuman dijatuhkan, peguam yang mewakili tertuduh memohon agar denda dikurangkan dengan alasan, anak guamnya penghidap diabetes dan pesakit jantung.

Anak guam saya juga berpendapatan RM900 sebulan dan perlu menanggung dua anaknya sejak penceraian berlaku. Oleh itu, saya mohon jumlah denda terhadapnya dikurangkan.

Enggan menerima permohonan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid berkata, tertuduh patut diberikan penalti yang munasabah kerana melakukan perbuatan tersebut ketika penularan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, ujian saringan kesihatan tertuduh menunjukkan tiada sebarang simptom wabak COVID-19 dan ujian saringan air kencing juga negatif.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×