Tindakan seorang peneroka menampar dan menendang muka seorang jemaah Masjid Felda Palong Tujuh mengundang padah apabila dia didenda RM 2,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau. Tertuduh, dikenakan hukuman sebaik sahaja mengaku salah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Khir Nizam.
Artikel Berkaitan: ‘Naik Angin’ Tampar, Terajang Sebab Terpijak Tangan
Kamarudin Desa, 60, dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.
Faktor pergaduhan
Kejadian berpunca apabila sejadah yang dibawa seorang jemaah lain terkena tanpa sengaja sehingga menimbulkan kemarahan tertuduh sebelum bertindak secara agresif dengan menampar dan menendang jemaah tersebut.
Rata-rata netizen marah akan tindakan tertuduh dan berharap agar tindakan yang sewajarnya dan adil diberikan kepada mangsa.
Sumber: Harian Metro