berita

Padam Semua Gambar Lama, Tindak Balas Nabila Huda Pada Amy Search?

June 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ARIANA-ROSE-Drama-PC-11

Rasanya semua tahu apa yang berlaku antara Nabila Huda dan Amy Search baru-baru ini. Sebelum ni pun memang hubungan mereka anak beranak sedikit terganggu tapi boleh dikatakan insiden minggu lepas adalah kemuncak kesabaran buat kedua-duanya.

Yang si bapa marah sangat pada anak dan kekasih barunya sampai mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial. Yang si anak pula terasa hati dan menggunakan laman sosial juga untuk menegur bapa hingga menyebabkan ramai pihak masuk campur.

Okay, kami faham zaman sekarang serba canggih dan maju tapi adakalanya perkara yang perlu ditutup aibnya, kan lebih baik tak dicanang untuk pengetahuan orang lain. Tak gitu?

Tak mengapalah, apa yang dah terjadi tak boleh ditarik balik tapi nampaknya Nabila seperti sudah mengambil pengajaran dengan kejadian baru-baru ini.

Mungkin kerana terlampau terbuka berkongsi segala macam perkara di media sosial menyebabkan dirinya dan keluarga dikritik. Tapi Nabila kini telah membuat keputusan untuk memadam gambar-gambar lama yang mengundang cemuhan orang ramai.

Screen Shot 2014-06-26 at 21.03.22

I’ve had it. Hence, I’m gonna put an end to all of this so called drama. No more story of my life for u to feed on. So u can stop with all of the speculations, bad mouthing, judging allegations, insulting and more. Thanks to those who believe in me. I’m moving on with my life. How bout you do the same :)

Mungkin ramai peminat akan rindu dan rasa kehilangan tapi bagus juga Nabila buat macam ni. Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kontroversi dan sedikit sebanyak boleh menjaga nama baik bapanya.

SKIP THIS AD ×