berita

‘Padam Video Tersebut Sebelum Tindakan Diambil’ – Siti Nurhaliza

February 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Peminat setia kepada penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza pastinya tidak sabar menunggu buah tangan terbaru dari beliau. Terbaru, penyanyi wanita ini baru sahaja berkolaborasi dengan dua orang rappers iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu 7 Nasihat.

Namun bagaimanapun, Siti Nurhaliza agak terkilan dan kecewa apabila lagu ini telah dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab ke saluran YouTube.

Baru dilancarkan malam tadi

https://www.instagram.com/p/B8xAIbZnolw/

Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memuatnaik lagu 7 Nasihat ini di platform YouTube. Dia turut memohon agar pihak-pihak tertentu untuk menghormati hak cipta dan karya insan seni.

Malah, dari pihak syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) bersama Universal Music akan segera mengambil tindakan dan memantau hal ini. Dia juga memohon platform berkenaan untuk memadam video tersebut dari YouTube.

Humming pun sedap

https://www.instagram.com/p/B8vpBCwnkos/

Sejak malam tadi, teaser lagu 7 Nasihat ini juga dikongsi oleh Siti Nurhaliza sendiri. Rata-rata pendengar tidak sabar untuk menunggu lagu ini dilancarkan dan pengikut perancangan 7 Nasihat dimuatnaik pada 20 Februari 2020.

Melihat respon anak muda

https://www.instagram.com/p/B8xdLMGnmKs/

Memetik laporan Metro, Siti Nurhaliza berkongsi mengenai lagu 7 Nasihat berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan dan lirik turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi kritikan sosial menggunakan bahasa kiasan.

Sebagai artis senior, saya tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa. Peluang bergandingan dengan duo komposer dan rapper muda ini satu cara untuk saya mendekati peminat muzik dan pendengar yang lebih muda.

Lagu ini sebuah karya istimewa kerana menggabungkan hip hop, rap dan tradisional. Ini juga dapat menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali.

Tujuh Nasihat

https://www.youtube.com/watch?v=5w_kRsNZ4cc

Single ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini. Manakala, di platform Youtube pula pada jam 4.00 petang.

Sumber: Metro, CTDK

SKIP THIS AD ×