Dalam banyak-banyak booth di GEGARIA yang berlangsung di Setia City Convention Centre minggu lepas, ada satu booth ni memang sentiasa full house.
Admin pun mula-mula pelik juga sebab booth tersebut sentiasa mendapat perhatian pengunjung, terutamanya gadis-gadis. Malah, ada juga jejaka yang melekat.
Jadi, admin yang serba nak tahu ni, duduklah lepak dekat booth tu juga! Boom! Admin pun terus terkesima dan tak berganjak. Memang best. Ini antara aktiviti yang berlangsung di booth ‘berhantu’ tu!
1. Tutorial mekap daripada Mafarikha
Padanlah gadis-gadis duduk punya lama di Booth Lifestyle ni. Ada mekap tutorial daripada Mafarikha rupanya. Banyak juga tips yang dikongsikan supaya mekap korang nampak melecun dan flawless. Siap ada yang ambik nota lagi. Hehe.
2. Sembang-sembang dengan Khai Aziz
Apa yang disembangkan oleh Khai Aziz? Ha, Khai Aziz berkongsi pendapat dan pandangan mengenai tajuk ‘Keeping Youth Off Streets Through Music’. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama pengunjung!
3. Tutorial hijab daripada Nabila Razali
Ha, cumi cumi cumi. Apa yang Nabila Razali buat ni? Gadis jelita ni berkongsi tips dan tutorial hijab. Lepasni ramailah yang bergaya persis Nabila Razali!
4. Sesi Meet & Greet dengan Marianne Tan & Brandon Ho
Terpana kami bila dapat jumpa depan-depan dengan Marianne Tan dan Brandon Ho! Apatahlagi buat peminat mereka kan? Sengih je sepanjang masa sebab dapat tengok dekat-dekat.
5. Talk santai dengan Elfira Loy
Si comel Elfira Loy pun ada. Elfira pula berkongsi pendapat tentang topik ‘Social Media Responsibility’. Kelakar weyh dengar dia cerita pengalaman sepanjang bergelar selebriti.
6. Ada juga Faizdickie & The Ming Thing
Instafamous dan Youtubers terkenal, Faizdickie dan The Ming Thing pun ada! Mereka pula bercerita macam mana mengubah minat menjadi karier!
7. Sambung talk best daripada Noh Salleh & Pa’din Musa
Bila tiba sesi yang ni, bukan perempuan je melekat. Lelaki pun ada! Pa’din Musa dan Noh Salleh pula bercerita tentang musik dan fesyen!
Patut la diorang semua ni tak berganjak dari Booth Lifestyle kan… Mana taknya, teruja jumpa semua selebriti ni lepastu boleh jumpa dan ambik gambar dengan diorang. Bukan senang nak jumpa tau!
Tengok betapa happy adik-adik ni bila dapat jumpa Nabila Razali!
Menarikkan? Tak sempat datang ke Booth Lifestyle GEGARIA minggu lepas? Jangan risau, jumpa korang di dua lokasi lagi!
Tarikh: 3 Februari 2018
Lokasi : Angsana Johor Bahru Mall
Tarikh: 24 Februari 2018
Lokasi : Stadium Darul Makmur, Kuantan
Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik di laman Facebook rasmi GEGARIA dan Instagram GEGARIA ni!