Pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira baru sahaja menduduki rumah baharu mereka yang sudah siap pada 1 Mei lalu. Baru sahaja sebulan ‘berbahagia’ di rumah baharu, sudah ada yang tidak kena sampaikan Azad Jasmin terkejut dan naik angin apabila melihat tembok pagar rumahnya roboh. Siap bawa periuk lagi nak pergi pukul orang tu…
Artikel berkaitan: 13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Eira Syazira Terkejut Azad Jasmin Buat Surprise Hadiahkan Rumah Baru
Sempat mabuk ke?
Di Instagram, Eira Syazira memuat naik sebuah video berdurasi 1:23 minit memaparkan situasi terkini di halaman rumahnya. Kelihatan sebahagian tembok rumah pasangan pelakon ini roboh dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada malam tadi. Tulis Eira di ruangan kapsyen, dia juga hairan dari mana datangnya ‘orang mabuk’ sedangkan negara kita sedang berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Cina mabuk punya pasal, periuk she pula jadi mangsa. Persoalannya, musim-musim Covid ni pun sempat lagi layan mabuk ke bro?
Habis pagar roboh
View this post on Instagram
Sebaliknya, video ini menjadi hiburan pula apabila Pak Azad ke dapur dan mengambil periuk milik isterinya untuk memukul individu yang melanggar tembok pagar rumahnya itu. Setelah dihalang oleh isterinya, Pak Azad kemudian bermain badminton dengan anak sulung mereka dengan menggunakan periuk tersebut. Tindakan Pak Azad itu secara tidak langsung membuatkan Eira Syazira ketawa dan terhibur dengan aksi suaminya yang spontan.
Memang kelakar part last tu
Sementara itu, di ruangan komen pula rata-rata netizen juga terhibur dengan aksi yang dilakukan oleh Azad Jasmin pada penghujung video. Menurut mereka, video ini kelihatan serius pada permulaan tetapi menjadi kelakar dan mencuit hati pada pengakhiran video.
Sumber: Eira Syazira