berita

Latest Posts

Foto Percutian Beyonce

August 17th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan lagu “If I Were a Boy” dan “Single Ladies,” Beyonce, telah memuat naik foto-foto percutiannya.

Kesemua foto tersebut telah dimuat naik menerusi blognya sendiri, iam.beyonce.com. Menerusi foto-foto ini, Beyonce dapat berkongsi segala detik indahnya bersama peminat dan secara tidak langsung peminat dapat mengetahui perkembangan terbaru artis kesayangan mereka.

Berikut merupakan beberapa foto percutian Beyonce. Jom layan!

 

Evolusi Gaya Alicia Keys

August 17th, 2012 | by Ai
Gaya Hidup

Alicia Augello Cook atau lebih dikenali dengan jolokan nama Alicia Keys, telah mula menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2001 dengan membawa muzik genre R&B. Sepanjang menceburi bidang seni suara, terdapat pelbagai evolusi gaya yang telah ditampilkan oleh penyanyi wanita ini.

Berikut merupakan beberapa evolusi gaya yang pernah diketengahkan oleh Alicia Keys dan untuk melihat foto berikutnya, anda boleh layari website Huff Post style.

Busana ini telah digayakan sewaktu menghadiri acara makan malam tahunan Rock and Roll Hall Of Fame ke-19 di Hotel Waldorf Astoria, pada 15 Mac 2004. Bahagian dada yang sedikit terdedah membuatkan penampilan Alicia Keys kelihatan seksi dan memukau.

Kot kulit rona coklat ini kelihatan sungguh klasik dengan padanan corak hitam di bahagian hadapan busana. Padanan tali pinggang sebagai aksesori tambahan turut menonjolkan lagi aura pesona selebriti ini. Padanan kasut tinggi rona emas melengkapkan lagi penampilan Alicia Keys.

Busana ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Pemilihan fabrik lace rona hijau dan padanan satin coklat mengikut tona kulit, menonjolkan lagi keindahan busana. Gaya ini telah digayakan oleh Alicia Keys sewaktu menghadiri majlis pengenalan Songwriters Hall Of Fame di Hotel Marriot Marquis pada 9 Jun 2005.

Gaun rona hitam ini kelihatan sungguh elegan. Bahagian atasnya yang direka sedikit terdedah dan berenda menonjolkan lagi aura seksi selebriti cantik ini. Gaya ini telah digayakan sewaktu menghadiri majlis Annual Grammy Awards ke 48, pada 8 Februari 2006 di Los Angelas.

Gaun rona merah terang ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Perincian jemeki sarat di bahagian leher menyerlahkan lagi elemen mewah dalam penampilan Alicia Keys. Gaya rambut yang disanggul tinggi menyerlahkan lagi kejelitaan si gadis.

Gaun  ini sungguh stail dan menarik. Pemilihan rona biru elektrik dengan padanan perincian jemeki di bahagian dada mampu menyuntik eleman anggun buat si pemakai. Potongan bermotifkan kipas di bahagian dada busana turut menonjolkan aura kreatif dalam penampilan penyanyi terkenal ini.

Gaya Rambut Miyavi, Trend Visual-Kei Yang Popular

August 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Miyavi atau nama sebenarnya Takamasa Ishihara, 30, merupakan seorang penyanyi dan juga pemain gitar yangg bergerak secara solo. Dia mula menjejak ke dunia hiburan seawal umur 17 tahun apabila dia diterima masuk ke dalam kumpulan indie, Dué le Quartz’s.

25 Julai yang lepas, Miyavi telah turun ke Malaysia untuk konsert mininya yang diadakan di The Stage, Avenue K, Kuala Lumpur. Dengan wajah yang kacak dan gaya yang menarik, Miyavi sememangnya mempunyai daya penarik yang unik. Namun bukan itu yang OHBULAN! mahu beritahu, tetapi gaya rambut Miyavi yang sentiasa bertukar dan kelihatan bergaya setiap masa.

Jika anda seorang peminat trend Visual-Kei, Miyavi adalah salah seorang selebriti yang sentiasa tampil dengan fesyen terkini dan unik. Dibawah, OHBULAN! letakkan beberapa keping foto stail-stail rambut Miyavi yang sentiasa kelihatan segar.

Menarik kan? Anda boleh lihat banyak kali gaya rambut Miyavi dengan mencari namanya di laman Google.

Video : Iklan Minyak Wangi Lady Gaga, “Fame”

August 17th, 2012 | by Ai
Video Popular

Mungkin minyak wangi ini boleh dikatakan minyak wangi yang paling ‘jahat’ antara minyak wangi lain. Minyak wangi yang berjenama penyanyi paling sensasi dan kontroversi di dunia, Lady Gaga ini bakal menguasai seluruh pasaran.

Sebelum ini, sebuah iklan telah dilancarkan dan menampilkan Gaga yang separuh bogel sambil badannya dipanjat oleh lelaki-lelaki kerdil. Iklan itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan bantahan segelintir peminat. Kali ini, sebuah iklan komersial untuk kaca televisyen pula telah dilancarkan di Youtube dan ia menarik perhatian ramai penonton.

Antara komen-komen para penonton termasuklah, “Cuma Gaga seorang yang boleh menghasilkan iklan wangian sebegini. Dia memang genius.” – POPROYALTY91

“Ini adalah seni, efek dan visual yang sangat luarbiasa. Komersial ini mungkin salah satu idea yang paling terbaik buat masa kini.” – DiiJaeProductions

Untuk pengetahuan, minyak wangi Fame adalah minyak wangi pertama yang dicipta dalam warna hitam. Menurut sumber, minyak wangi ini dihuraikan sebagai “black like the soul of fame, but invisible once airborn.” “Fame” dijangkakan ke pasaran pada September 2012 ini.

Jom saksikan iklan “Fame” selepas ini!

Video : 10 Fakta Menarik Tentang Filem “The Expendables”!

August 17th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Umum tahu filem The Expendables sememangnya filem yang sangat ganas dengan barisan pelakon hero-hero Hollywood yang mantap. Dari Expendables yang terdahulu, filem ini telah pun dibarisi oleh Sylvester Stallone,Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Randy Couture, Terry Crews dan juga Mickey Rourke.

Untuk filem sekuel The Expendables yang telah pun mula ditayangkan semalam diseluruh pawagam di Malaysia, ianya kembali dengan lebih meletup dan mantap. Stallone kali ini telah menambah beberapa orang lagi pelakon yang hebat seperti Chuck Norris,  Liam Hemsworth, Jean-Claude Van Damme, Bruce Willis, dan juga Arnold Schwarzenegger. Hebat kan?

Anda bayangkan dalam sebuah filem, terdapat lebih 10 orang pelakon lelaki yang hebat sepanjang zaman. Itu sesuatu yang anda tidak harus lepaskan.

Namun begitu, terdapat 10 fakta menarik yang terdapat sepanjang proses filem The Expendables dijalankan. Antaranya ialah,

  • Sylvester Stallone terpaksa menerima 14 jahitan ketika sesi penggambaran untuk The Expendables terdahulu. Leher Stallone juga telah patah ketika dia melakukan aksi gaduh bersama Stone Cold Steve Austin.
  • Watak “Hale Caesar” sebenarnya telah ditawarkan untuk Wesley Snipes. Namun, Snipes terpaksa menolaknya kerana banyak masalah.
  • Jean Claude Van Damme telah ditawarkan untuk berlakon dalam siri Expendables pertama, namun dia menolak.
  • Chuck Norris mengaku bahawa dia telah meyakinkan produser untuk mengurangkan bahasa kasar didalam filem itu, sehingga filem itu diberi taraf PG-13.
  • Ada ura-ura mengatakan sepatutnya watak rekruit baru diberi kepada Taylor Lautner, namun telah digantikan dengan Liam Hemsworth.

Mari tonton video dibawah untuk mengetahui lebih fakta tentang filem The Expendables. Anda pasti akan terkejut!

Thursday Trailer : Tim Burton Kembali Dengan Filem Animasi Baru, “Frankenweenie (3D)”

August 16th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Nama ‘Franken’ memang sinonim dengan watak Frankestein, iaitu makhluk yang dihasilkan melalui eksperimen saintifik yang luarbiasa. Bagi anda yang biasa menonton kartun-kartun animasi Disney, watak Frankestein bukanlah sesuatu yang asing.

Untuk segmen Thursday Trailer kali ini, Tim Burton yang juga merupakan pengarah bagi filem animasi ‘Alice In Wonderland’ telah kembali dengan filem animasi baru berjudul “Frankenweenie”. Untuk pengetahuan, Tim Burton adalah pengarah blockbuster yang dikenali melalui hasil kerjanya seperti Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, 9, Corpse Bride, dan Dark Shadows.

“Frankenweenie” mengisahkan tentang seorang budak bernama Victor yang rindukan anjing peliharaannya, Sparky, yang telah mati. Dia kemudiannya mengambil risiko untuk membuat eksperimen luarbiasa untuk menghidupkan semula Sparky. Apa yang kita tidak tahu ialah, adakah anjingnya akan kembali seperti biasa? Atau pun luarbiasa?

Filem ini bakal ditayangkan pada 25 Oktober 2012 di seluruh pawagam di Malaysia. Mari tonton trailer filem animasi berjudul “Frankenweenie” selepas ini ya!

Top Posts This Week


Shout Out!