berita

Latest Posts

Foto : Misha Omar Anggun Gayakan Koleksi Raya Syaiful Baharim

August 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Syaiful Baharim 11

Sempena kedatangan Aidilfitri ini, pastinya ramai pereka fesyen tempatan berlumba-lumba untuk menghasilkan rekaan yang terbaik buat pelanggannya.

Sebagai salah seorang pereka fesyen profesional, Syaiful Baharim telah tampil dengan rekaan terbarunya yang dikenali sebagai Syaiful Baharim’s Syawal Collection, di mana menerusi rekaan kali ini, Syaiful telah memilih penyanyi terkenal, Misha Omar sebagai model untuk menggayakan busana Syawal tersebut.

Read More

Review Filem : The Smurfs 2, Lebih Comel & Lucu

August 5th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-07-31 at 4.00.46 PM

Jika sekarang, masih ramai lagi yang tak habis dengan demam Minion kuning, lepas ini, kami pasti ramai yang akan demam dengan Smurf biru pula. Keduanya sama, comel, lucu dan mempunyai karakter tersendiri. Bezanya, Smurf boleh bercakap dengan bahasa manusia.

Bagi para peminat filem animasi, anda pasti masih belum lupa dengan gelagat dan filem The Smurfs sebelum ini dimana kejahatan dan sifat tamak Gargamel (Hank Azaria) telah hampir memusnahkan kewujudan Smurf. Ahli sihir jahat ini cuba untuk menggunakan kelebihan yang ada pada Smurf demi menghasilkan sihirnya.

Namun, walaupun Gargamel telah mencipta Smurfette (Katy Perry) sebagai bahan ujikajinya, akhirnya Papa Smurf (Jonathan Winters) berjaya mengubah Smurfette menjadi Smurf sejati.

Menerusi filem The Smurfs 2 yang bakal ditayangkan tak lama lagi, Gargamel telah kembali semula dengan rancangan jahatnya. Dia bukan sahaja mahu mengambil pati Smurf untuk melaksanakan sihirnya, malah dia bercadang untuk mendapatkan resipi rahsia pati Smurf dari Smurfette. Read More

Rita Rudaini Diceraikan Melalui SMS?

August 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rita

Barangkali Ramadan kali ini merupakan bulan yang paling menduga kesabaran pelakon jelita Rita Rudaini apabila tersebarnya berita mengenai perceraiannya bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan.

Menurut laporan portal Beautifulnara, menerusi sebuah radio tempatan, Aidil dipercayai telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Berita itu agak mengejutkan kerana difahamkan kes rumahtangga mereka belum selesai dan masih berjalan di mahkamah. Namun setakat ini tidak ada kepastian mengenai bila dan punca sebenar Aidil melafazkan cerai kepada isterinya itu.

Read More

Foto Romantis Shuib & Sarah Menyambut Ramadhan

August 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Shuib & Sarah 11

Umum tahu pelakon terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad merupakan seorang pelawak yang berbakat besar dan sering menghiburkan peminat dengan lawak-lawaknya yang bersahaja.

Namun, menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh pelakon ini, Shuib juga sebenarnya adalah seorang bapa yang penyayang dan prihatin dalam mendidik anak-anaknya iaitu Uwais Al Qarni dan Dzakira Talita Zahra.

Meskipun sibuk dengan kerjaya seni sebagai seorang pelakon, nampaknya Shuib masih lagi sempat meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan ianya dilihat apabila pelawak ini mula memuat naik beberapa foto menariknya bersama isteri tersayang.

Dalam pada itu, melalui sekeping foto yang baru dikongsikan oleh Shuib semalam, pelakon ini kelihatan sangat romantis apabila dia dan isterinya mempamerkan wajah comel masing-masing dengan caption tertulis :

Shuib

Read More

Keek: Shila Amzah Petah Berbahasa Mandarin

August 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

Shila-Amzah

Pastinya ramai yang dah mengetahui bahawa penyanyi kebanggaan Malaysia, Shila Amzah mempunyai kebolehan untuk berbahasa Mandarin.

Namun, mungkin juga masih ada yang belum pernah melihat sendiri kebolehannya itu. Baru-baru ini, Shila telah memuat naik sebuah video di laman Keek menunjukkan dirinya sedang ditemubual oleh Chinese Idol.

Di dalam video itu, Shila dilihat cukup fasih berbahasa Mandarin dan mampu menangkap butir soalan yang diajukan oleh dua orang pengacara program itu dengan cekap.

Read More

Kenali Punca Rambut Gugur & Cara Atasi

August 5th, 2013 | by Ai
Kini Trendy

Hair fall

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Top Posts This Week