berita

Latest Posts

Teka-Teki Terjawab : Awal Ashaari Ganti Dira Abu Zahar Sebagai Hos Melodi

May 21st, 2012 | by M
Kini Trending

Teka-teki mengenai siapakah hos Melodi terjawab jua apabila Awal Ashaari telah ditetapkan sebagai hos gandingan bersama Zizan Razak bagi rancangan hiburan popular ini yang ke udara pada setiap Ahad, di TV3.

Menurut En. Azman Abd Gafar melalui siaran media kepada OHBULAN, “Selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.

“Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton.”

Penerbit Melodi ini turut mengucapkan terima kasih kepada Dira Abu Zahar di atas komitmen yang diberikan sepanjang menjayakan rancangan ini.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dira Abu Zahar yang sentiasa komited bersama kami sejak Mac tahun lalu hinggalah ke penghujung bulan Mei ini. Selepas berbincang dan melalui persetujuan bersama, kami akur dan menerima keputusan Dira untuk megundur diri kerana ingin lebih menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya. Pihak produksi dan TV3 akan terus menyokong Dira yang sememangnya berbakat bukan sahaja di dalam bidang pengacaraan malah juga lakonan.”

Selain itu, pihak penerbit berharap agar para peminat dapat menolak segala tanggapan negatif bahawa berlakunya ketidaksefahaman antara pihak terbabit. Katanya, perubahan hos perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus diperbaharui, relevan dan menepati kehendak citarasa jutaan penonton.

Tambahnya lagi, “Pertukaran pengacara sepatutnya tidak menjadi isu sementelaah ianya merupakan satu tradisi yang positif.”

Petua Cantik Tradisional

May 21st, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pelbagai cara yang ada untuk seseorang wanita tampak cantik diluar sana. Atas sebab itu, terdapat pelbagai produk yang telah dihasilkan di pasaran demi memenuhi kehendak wanita untuk mengekalkan kecantikan mereka. Akan tetapi untuk tampil cantik dengan cara yang lebih mudah adalah dengan mengikuti beberapa tips dan petua tradisional.

  • PETUA KULIT LICIN :

Petua untuk kulit kelihatan licin ialah dengan mengambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah sebelum anda tidur dan cuci pada keesokkan harinya.

  • PETUA MENGHALUSKAN KULIT WAJAH :

Campurkan madu lebah bersama putih telur dan kemudian sapukan pada muka anda seperti masker dan biarkan sehingga kering lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dengan air suam atau air basuhan beras.

  • PETUA MENGHILANGKAN KULIT BERSISIK :

Campurkan hampas kelapa dengan air asam jawa dan sapukan pada kawasan yang bersisik tersebut. Kemudian gosok-gosokkan pada bahagian tersebut sebelum mandi. Ia boleh dilakukan seperti mandian lulur.

  • PETUA MELEBATKAN BULU KENING :

Bakar buah keras hingga hitam kemudian hancurkan, campurkan dengan sedikit minyak masak kemudian sapukan pada bahagian bulu kening.

  • PETUA WAJAH PUTIH GEBU :

Campurkan 5 sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung  kemudian maskerkan pada muka hingga kering.

Diharap petua yang kami kongsikan ini serba sedikit dapat membantu anda si pembaca blog Ohbulan mengekalkan serta mengembalikan kecantikan wajah anda. Selamat mencuba.!!

Ady Putra Batalkan Penceraian

May 21st, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Ady Putra membatalkan hasrat beliau untuk bercerai bersama isterinya, Aida Yusof dalam prosiding di Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur, hari ini.

Minggu lalu, Ady Putra memaklumkan bahawa keretakan rumahtangga yang dibina selama 7 tahun ini bukan berpunca daripada ketiadaan anak atau penglibatan orang ketiga, sebaliknya berpunca daripada masalah dalam suami isteri yang sukar dijelaskan.

Bagaimanapun, sehari kemudian Ady Putra memberitahu bahawa mereka berdua akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Pelakon KL Gangster ini akan mengadakan sebuah sidang media pada malam selasa nanti untuk memberikan penerangan yang lebih lanjut.

Monday Music : Kat Hassan (Mentor) Lancarkan Album Pertama, “Menggoda”

May 21st, 2012 | by Ai
Video Popular

Ya, selama ini memang dia lebih dikenali sebagai adik ipar kepada rocker terunggul Malaysia, Amy Search.  Malah, dia turut digelar ‘rocker chic’ setelah membawakan banyak lagu berunsur rock  kala menyertai program Mentor Musim Kedua anjuran TV3.

Dek kerana dibayangi dengan semua itu, tidak ramai yang mampu menilai bakat dan kebolehan Kat Hassan secara serius. Padahal, gadis tinggi lampai yang memiliki ketinggian ibarat seorang model ini sebenarnya punya rujukan serta citarasa muzik  yang cukup meluas.

Barangkali inilah yang cuba dibuktikan  Kat Hassan menerusi  kelahiran album studio pertamanya, Menggoda yang sudah pun berada di pasaran sejak 17 April 2012 yang lalu bahawa dia bukan sekadar rocker chic tapi penyanyi yang serius dan versatile dalam membawakan stail  muzik yang berbeza.

Mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan, album berkonsepkan pop yang diterbitkan  Farah Nabila ini memuatkan 5 lagu yang mengandungi elemen seperti club dance music, R&B dan balada. Lagu-lagu yang dimuatkan adalah Chiki, Hilang, Menggoda, Senjakala dan Lepaskanlah. Ia menggunakan khidmat 3 komposer terkemuka iaitu Edrie Hashim, Cat Farish dan Manusia Putih.

Anda boleh dapatkan album terbaru Kat Hassan yang berjudul “Menggoda” ini dipasaran sekarang. Ingat, beli yang original ya!

Sumber berita : Malaysian Digest

Foto Honeymoon Scha Al-Yahya & Awal Ashaari Di New York

May 21st, 2012 | by M
Lensa Insta

Pasangan selebriti Scha & Awal nampaknya tidak lokek berkongsikan foto-foto sepanjang musim honeymoon mereka di bandar tersebar negara Uncle Sam ini, New York. Lawatan ke bandar ini sebenarnya dihajati sendiri oleh Scha, dan Awal Ashaari yang memang dikenali ramai akan sikap sweet telah menunaikan impian isterinya itu.

Honeymoon selama 10 hari ini dilanjutkan pula dengan ketibaan kedua-dua pasangan ini di bandar Los Angeles bagi menjejakkan kaki ke Universal Studios Hollywood sekitar 23 jam yang lalu. Difahamkan, mereka akan memilih destinasi Itali bagi meraikan honeymoon kali kedua pada akhir tahun ini.

Kredit foto : Facebook & Twitter Scha

Nora Danish Malu Dengan Foto Ghairah

May 21st, 2012 | by M
Kini Trending

Susulan penyiaran foto-foto ghairah Nora Danish melalui majalah Glam edisi Mei/Jun 2012 semasa dia mengerjakan umrah di tanah suci Mekah baru-baru ini, akhinya pelakon jelita ini membuka mulut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Memetik kenyataannya kepada Kosmo, “Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya. Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya.”

Tambah pelakon ini lagi, sesi photoshoot ini untuk majalah tersebut telah diambil sejak awal tahun ini.

Dalam artikel berlainan pula, Nora Danish menafikan bahawa dia adalah orang ketiga kepada punca kegagalan rumahtangga antara Ady Putra dan isteri ekoran dakwaan orang ramai yang melihat keakraban mereka melalui foto-foto ketika menunaikan umrah.

“Saya dan Ady hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Ady, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi. Ady sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya,” jelas Nora lagi.

Sebagai pengetahuan, Ady Putra dan Nora Danish adalah duta kepada syarikat pelancongan yang dilantik oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, iaitu Triways Travel.

Sumber berita : Kosmo

Top Posts This Week

Shout Out!