berita

Latest Posts

Foto : Anne Ngasri Anjur Majlis Akikah Sufi Harraz

October 24th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anne Ngasri 2

Rabu lepas telah berlangsungnya majlis akikah buat anak bongsu pelakon dan pengacara popular, Anne Ngasri. Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah mendapat sentuhan kreatif daripada perunding perkahwinan, Eddie Lydia Seri Delima. 

Dengar sahaja perkataan perunding perkahwinan, pasti ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya majlis akikah dan perunding tersebut bukan?

Kalau nak tahu, Seri Delima merupakan perunding acara yang telah dipilih khas oleh Anne dan suaminya, Sumali, untuk membuat dekorasi pelamin serta buaian indah buat bayi comel mereka, Sufi Harraz. 

Read More

Video : Luna Maya & Ariel Noah Berpelukan

October 23rd, 2013 | by Ai
Hollywood

Luna-Maya-5

Umum tahu sebelum ini pelakon dari seberang, Luna Maya pernah mencipta kontroversi dengan penyebaran video intimnya bersama Ariel kumpulan Noah sehingga menyebabkan penyanyi berkenaan dipenjara selama 3 tahun 6 bulan.

Susulan insiden tersebut, nama mereka sering menjadi perhatian para peminat seni dan acap kali diajukan soalan, adakah selepas ini mereka akan menjalinkan semula hubungan cinta yang pernah terkandas itu?

Namun begitu, pada Ahad lepas, Luna dan Ariel dilihat telah bertemu di sebuah pertunjukan fesyen, Jakarta Fashion Week 2014. Menerusi pertemuan tersebut, Luna telah menunjukkan tindakan drastik, dengan memeluk Ariel dihadapan khalayak ramai. Read More

Saif Adam Bakal Hadir Ke Malaysia Esok

October 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Saif Adam

Artis Muslim dari United Kingdom, Saif Adam dikhabarkan bakal hadir ke Malaysia bermula 24 Oktober hingga 28 Oktober 2013 sempena mempromosikan album sulungnya berjudul, Heart.

Secara umumnya, album tersebut mengandungi 15 buah lagu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman dari United Kingdom sendiri iaitu The Light Records dan diedarkan oleh Arteffects International untuk pasaran Asia Tenggara.

Selain kedua-dua syarikat tersebut, Warner Music Malaysia turut difahamkan bakal bekerjasama dalam proses pengedaran album Heart sekitar Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Read More

Infographic : Top 5 Selebriti Lelaki Fashionista Pilihan OHBULAN!

October 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-10-23 at 12.14.10 PM

Kalau nak dikatakan selebriti yang suka berfesyen, memang ramai didalam industri hiburan tempatan. Namun untuk menyenaraikan selebriti lelaki yang pandai berfesyen, ianya sedikit sukar kerana tidak ramai selebriti lelaki tempatan yang gemar bertukar fesyen.

Berdasarkan pemerhatian OHBULAN!, kebanyakan selebriti lelaki tempatan tidak terlalu mengambil berat tentang fesyen semasa. Kalau ada pun, hanya segelintir sahaja.

Disini, OHBULAN! senaraikan 5 orang selebriti lelaki fashionista pilihan OHBULAN!. Apa kata anda? Read More

Foto: Fouziah Gous Berbulan Madu Atas Kapal Mewah

October 23rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-10-23 at 10.55.14

Kebiasaannya, pasangan pengantin baru akan terus berbulan madu sebaik sahaja majlis perkahwinan selesai, namun tidak buat Fouziah Gous dan suaminya Zhafran Yusof.

Pasangan yang baru bergelar suami isteri pada bulan September yang lepas ini baru sahaja berpeluang untuk menikmati bulan madu mereka kira-kira tiga hari lalu.

Mungkin Fouziah menunggu masa yang sesuai selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga belah suaminya di Kelantan tempoh hari.

Read More

Cabaran Dashing 2 Kembali Dengan Hadiah Lumayan!

October 23rd, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Print 8x16ft wai

Untuk kesekian kalinya produk penjagaan diri lelaki, Dashing For Men menganjurkan pertandingan futsal neon pertama di Malaysia menerusi Cabaran Dashing 2.

Pertandingan yang pertama kali diadakan pada 2012 ini kembali dengan musim kedua untuk mencari juara neon futsal Malaysia yang baru.

Dalam usaha untuk mencari pasukan dengan teknik, taktik dan strategi yang terbaik, Dashing bersedia menawarkan hadiah lumayan untuk mereka yang menang.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Top Posts This Week

Shout Out!