berita

Latest Posts

Video : Rembau Most Wanted Versi Akustik Oleh Waris,Terbaik!

May 20th, 2013 | by Ai
Video Popular

Waris

Bagi yang sebelum ini tak pernah bercakap dalam dialek Negri Sembilan, OHBULAN! pasti ramai antara anda kini bukan sahaja boleh bercakap sedikit, tetapi siap boleh ‘rapping’ lagi, kan?

Munculnya lagu Rembau Most Wanted di corong radio tempatan bukan sahaja mengubah pandangan masyarakat, malah sedikit sebanyak mendidik para pendengar dengan sejarah dan adat di Negri Sembilan.

Didalam liriknya juga tersirat dengan pesanan dan sindiran kepada masyarakat zaman sekarang. Namun, apa yang pasti, Waris sememangnya mempunyai bakat dalam muzik ‘rap’. Tak perlu dihuraikan lagi, OHBULAN! pasti anda semua sudah kenal siapa Waris kan?

Atas inisiatif Fly FM, saluran radio ini telah merakamkan sebuah video untuk Fly FM Stripped dan memuatnaik ke laman Youtube Fly FM.

Screen Shot 2013-05-17 at 3.12.46 PM

Mula memikat hati para peminat dengan lagu berjudul Rembau Most Wanted di Youtube.

Mari kita dengar lagu Rembau Most Wanted oleh Waris didalam versi akustik. Memang terpegun bila rapping dalam versi akustik. Respek pada gitaris! Read More

Rasa Tidak Percaya – Tunang Shah Jaszle

May 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tunanag Shah Jaszle

Berikutan kes khalwat yang melibatkan pelakon Shah Jaszle awal pagi semalam, selaku tunang, Redzwani Puteri telah melahirkan rasa terkejut dengan berita penangkapan itu dan mengambil keputusan untuk menunggu penjelasan daripada pihak Shah sendiri berhubung perkara berkenaan.

Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.

Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu.

Saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami.

Read More

Lisa Surihani Kini Dilantik Duta Kamera Sony

May 17th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-05-17 at 15.22.04

Dengan kemunculan produk terbaru dari Sony, pelakon popular Lisa Surihani telah dipilih sebagai wajah baru untuk mempromosikan kamera Sony Nex-3N.

Video promo berdurasi 56 saat ini turut memaparkan Lisa memakai dress berwarna putih sambil menggayakan kamera Sony. Boleh OHBULAN! katakan disini, senyuman Lisa tak pernah berubah dan sentiasa manis dilihat. Anda setuju tak?

Tapi, anda perasaan tak wajah selebriti kesayangan ramai ini semakin tembam? Hurm.

Screen Shot 2013-05-17 at 3.57.41 PM

Lisa Surihani sebagai duta kamera Sony Nex-3N.

Lisa Surihani

Nampaknya, semakin murah rezeki Lisa Surihani ya. Mari tengok video promosi Lisa Surihani selepas ini dengan kehebatan kamera Sony Nex-3N.

Read More

Loudness Kembali Berkongsi Pentas Dengan Search Jun Ini

May 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Loudness

Berita baik untuk semua peminat rock! Khabarnya, kumpulan rock Jepun, Loudness akan kembali menggegarkan Malaysia pada Jun ini sebagai jemputan kumpulan rock tanah air, Search untuk Konsert Thunder In The East 2013.

Loudness yang ditubuhkan pada tahun 1981 mula dikenali ramai apabila mereka menghasilkan album Inggeris pertama berjudul Thunder In The East pada 1985.

Lebih kurang dua tahun lepas, kumpulan ini pernah mengadakan konsert di Malaysia buat pertama kali dan mendapat sambutan yang cukup hangat dari para peminat.

Loudness yang terdiri daripada Minoru Niihara (vokalis), Akira Takasaki (gitaris), Masayoshi Yamashita (bassis), dan Masayuki Suzuki (dram) juga berkongsi pentas dengan Search pada ketika itu di KL Live, Kuala Lumpur.

Jadi untuk mengubat kerinduan anda semua, pada 30 Jun ini sekali lagi Loudness akan beraksi bersama Search serta Rusty Blade dan Slank.

rotikaya-search-30-tahun-mp3-s

Kumpulan rock terkenal tanah air, Search

Read More

Foto: Eja Terus Bertudung Sekembali Dari Umrah

May 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

eja bertudung

Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan keluarganya.

Dan apa yang membuatkan kami kagum dengan pelakon ini ialah dia telah mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas tidak putus-putus berdoa meminta berkat dan petunjuk dari Allah S.W.T.

ROTIKAYA_074-Eja-Ambil-Keputusan-Berhijab-Penuh-Selepas-Pulang-Umrah-ROTIKAYA

Eja bersama suami dan anak

Read More

Sah Shah Jaszle Ditangkap Khalwat – JAIS

May 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

shahrizal_jazle

Susulan daripada berita tergempar yang melibatkan pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat bersama pasangannya di Subang awal Khamis lalu, di sini ada berita yang baru kami terima. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut adalah Shah Jaszle.

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi telah ditahan bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi, semalam (Khamis) di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.

SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Penangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Top Posts This Week

Shout Out!