berita

Latest Posts

Tiru Gaya Hijab Natasha Hudson

June 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika anda perhatikan sejak akhir-akhir ini sudah banyak para gadis dan juga wanita muslimah diluar sana sudah mula menggayakan pelbagai pakaian muslimah yang serba cantik. Bukan cuma cantik sahaja tetapi gaya mereka juga semakin menarik. Butik Ammara merupakan salah satu butik yang menjadi pilihan bagi para hijabers masa kini.

Untuk pengetahuan anda butik Ammara ini dimiliki oleh 2 orang gadis hijabers yang jelita bernama Amalina dan juga Sara. Setiap rekaan baju yang ada pada butik ini adalah hasil rekaan mereka berdua sendiri. Rata-rata baju yang mereka hasilkan ini pastinya akan melambangkan ciri-ciri seorang muslimah yang sopan namun masih lagi kekal kelihatan fashionista.

Natasha Hudson, Yatt, Siti Nordiana dan Aida Khalida merupakan antara selebriti hijabers yang gemar menggayakan pakaian keluaran butik Ammara ini. Potongan baju yang mereka gayakan nampak cantik dan bersesuai dengan gaya mereka sebagai seorang hijabers. Apa yang penting pakaian yang mereka gayakan juga sudah tentu menutup aurat mereka dengan baik.

  

 

Bagi anda yang ingin tampil bergaya seperti selebriti hijabers ini tetapi masih ingin kekal dengan gaya sopan, anda bolehlah berkunjung ke butik ini dan miliki koleksi untuk anda juga. Pada masa yang sama anda kekal sopan dan kekal cantik bergaya.

Kredit Foto : Ammara Boutique

Maskara Terbaru Dari Estee Lauder

June 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Maskara merupakan salah satu alat kosmetik yang perlu dimiliki oleh setiap wanita. Lazimnya, maskara digunakan untuk melahirkan alis mata yang lentik, lebat dan panjang. Selain itu, penggunaan maskara akan lebih lengkap sekiranya ia dipadankan dengan penggunaan pengepit bulu mata bagi menghasilkan volume melentik yang lebih maksimum.

Estee Lauder merupakan satu-satunya produk kecantikan antarabangsa yang terkenal di Malaysia dan ia telah memperkenalkan dua produk maskara terbaru iaitu Double Wear Zero Smudge Curling Mascara dan Turbo Lash All Effects Motion Mascara. Kedua-dua produk ini mempunyai fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri.

Double Wear Zero Smudge Curling Mascara

Bagi individu yang mengenakan maskara jenis Double Wear Zero Smudge Curling Mascara, lentikan alis mata yang dihasilkan akan dapat bertahan selama 15 jam dan ia akan kekal melentik sepanjang hari. Selain itu, ia juga sesuai bagi individu yang ingin miliki mata yang galak, cantik dan besar.

Turbo Lash All Effects Motion Mascara

Sementara itu, bagi individu yang mengenakan maskara dari jenis Turbo Lash All Effects Motion Mascara, anda akan mendapat hasil volume alis mata yang panjang, melentik dan senang untuk dibentuk. Ini kerana  berus maskaranya yang auto-powered, mampu menghasilkan lentikan yang panjang dan menawan.

Bagi individu yang ingin mendapatkan maskara terbaru dari Estee Lauder, anda boleh dapatkannya di pusat membeli belah yang berhampiran.

Sumber : Estee Lauder

Awi Rafael Terharu, Kini Dalam Proses Buang Tatu

June 29th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dunia hiburan memang tidak pernah sunyi. Sebelum ini, imej penyanyi yang popular dengan lagu “Pulanglah”, Awi Rafael telah tercalar akibat tersebarnya gambar-gambar dirinya yang bertatu. Namun, kesan penyebaran gambar tersebut telah membuatkan Awi terharu dan kini sedang dalam proses membuang tatu tersebut mengikut kaedah rawatan secara Islam.

“Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut,” ujar Awi Rafael.

Dia juga memberitahu selepas gambar itu tersebar, banyak pihak telah tampil untuk membantunya membuang tatu tersebut.

“Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.”

Awi turut menjelaskan kepada wartawan mStar Online yang dia sebenarnya sudah hampir setahun menjalani  proses membuang tatu tersebut secara Islam dan ia memang mengambil masa yang lama.

“Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,” dipetik dari mStar Online.

Baguslah kalau begitu, mari kita sama-sama menyokong perubahan yang telah dilakukan oleh Awi Rafael.

Sumber/Gambar : mStar Online, Gua

Rancangan Masakan Untuk Anda, “Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza”

June 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Anda tidak mempunyai idea ataupun ingin resipi baru untuk memasak? Ayuh, pelajari dan kenali 26 resipi masakan sentuhan air tangan chef selebriti terkemuka, Chef Liza Zainol yang sebahagian besarnya daripada lebih 100 produk keluaran Kumpulan Ramly menerusi rancangan memasak “Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza” di TV3 mulai 29 Jun 2012, setiap hari Jumaat jam 11.30 pagi.

Bersama Chef Liza Zainol yang sememangnya diakui mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang kulinari, pelajari resepi-resepi yang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Malah, ianya juga sesuai untuk penonton yang berkerjaya serta golongan muda kerana hanya mengambil masa yang singkat untuk disediakan.

Chef Liza Zainol telah menjelajah ke seluruh dunia dalam bidang yang dicintainya untuk mempromosikan pelbagai masakan dan juga produk makanan. Selain segmen memasak, rancangan berkonsepkan “infotainment” ini turut memperkenalkan segmen ‘Eksklusif bersama Kumpulan Ramly’ iaitu informasi serta adegan hiburan komedi buat tatapan penonton.

Di samping memasak, Chef Liza akan berkongsi ilmu kulinari, tips dan petua-petua masakan yang amat berguna. Beliau juga menyentuh topik tentang agro pelancongan, agro pertanian serta keindahan alam sekitar sebagai menyahut saranan Y.A.B Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sesuai dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia.

Rancangan tersebut turut menampilkan 13 personaliti dan artis sebagai tetamu rancangan. Antaranya, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Datuk Wira Asmah Binti Abd Rahman, isteri kepada Ketua Menteri Melaka, Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, Pengasas dan Pemilik Kumpulan Ramly, Puan Hajjah Normala Binti Haji Hamzah, Pengarang Kanan Unit Majalah Keluarga/Pengarang WANITA Utusan Karya Sdn Bhd; Mohd Khairul Ikhwan dari DJ Hot FM, Ahmad Fedtri Bin Yahya, Ustazah Asni Binti Abu Mansor, Nor Azzura Azizul Azman dari Pengacara Wanita Hari Ini, Ustaz Mohd Amri Bin Abdullah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal JAKIM, adik Muhamad Azzammuddin (Idola Kecil), Dr. Zabedah Mahmood, Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan MARDI, Encik Zaihan Salleh, Resort Manager Residence Desa Lagoon Resort Port Dickson, Chef Erin Zainol dan Zul Yahya.

Jangan ketinggalan untuk menonton “” pada setiap Jumaat jam 11.30 pagi dan mencuba pelbagai resipi dari rangkaian produk RAMLY yang Halal, Bersih & Bermutu yang direka khusus untuk menjadikan makanan anda citarasa rakyat Malaysia. Dengan itu, tagline “PASTIKAN RAMLY BARU BELI” pasti akan sentiasa menjadi sebutan di bibir para pengguna.

Fesyen Songket Tanda Kemewahan?

June 28th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada asasnya, songket merupakan sejenis kain yang ditenun dengan tangan, dan mempunyai pelbagai corak yang dihasilkan daripada benang emas ataupun perak. Dari segi sejarah, songket biasanya hanya dipakai oleh golongan bangsawan, kerabat diraja dan juga orang kenamaan.

Selain itu, kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak yang dihasilkan dari songket adalah menggambarkan pangkat serta kedudukan tinggi seseorang pembesar. Fesyen songket ini telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Umumnya, corak dan motif yang terdapat pada songket merupakan paparan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekaligus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang kaya dengan keunikan dan keindahan. Antara motif yang biasa diadaptasikan untuk songket adalah seperti flora dan fauna, alam persekitan dan juga benda-bendaan.

Pada masa kini, penggayaan songket telah semakin meluas dan tidak lagi fokus kepada golongan tertentu sahaja. Tambahan pula, kebanyakan individu gemar memperagakan songket untuk majlis penting seperti Majlis Persandingan. Ini membuktikan bahawa songket bukan sekadar cantik, malah mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang meminatinya.

Di sini terdapat beberapa motif corak songket yang ditenun indah untuk tatapan peminat songket.  Diharapkan ia dapat memikat hati gadis melayu di OHBULAN!

Sumber : Wikipedia 

Selena Gomez Lancarkan Wangian Terbaru

June 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Penyanyi Hollywood yang terkenal dengan lagu ” Love You Like A Love Song”, Selena Gomez telah melancarkan wangian terbaru beliau pada tanggal 9 jun 2012 bertempat di Macy’s Herald Square, New York.

Sepanjang majlis pelancaran produk, iaitu bermula dari 8 jun 2012, Selena Gomez telah memberikan 5 wangian eksklusif beliau kepada 350 orang peminat terawal yang hadir di majlis pelancaran tersebut. Selain itu, peminat-peminat turut menerima pass VIP untuk berjumpa dengan Selena dan bergambar dengan penyanyi terkenal tersebut.

Namun begitu, sepanjang majlis pelancaran wangian tersebut, teman lelaki beliau iaitu Justin Bieber tidak dapat hadir bersama kerana mengadakan persembahan untuk Summertime Ball yang bertempat di Stadium Wembley, England.

Berikut merupakan iklan untuk wangian terbaru dari Selena Gomez. Selamat menonton!


Sumber : Lifestylemalaysia.msn.com, The Hot Hit, Gossip Cop

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Top Posts This Week

Shout Out!