berita

Latest Posts

Minta Kontak Rapat Buat Saringan Segera, Nora Danish & Tiz Zaqyah Positif Covid-19

May 9th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Dua pelakon jelita iaitu Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mereka disahkan positif Covid-19. Berita itu telah dikongsi mereka melalui laman Instagram dan meminta kontak rapat untuk melakukan ujian saringan segera.

Read More

Video Tersebar, Polis Panggil Datuk Awie Beri Keterangan Didakwa Langgar SOP

May 9th, 2021 | oleh Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang penyanyi terkenal iaitu Datuk Awie dipercayai telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menghadiri satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Melaka.

Terbaru, Datuk Awie akan dipanggil oleh pihak polis untuk diambil keterangan berhubung isu yang viral itu.

Read More

Usahawan Kosmetik Bergelar Datin Ditahan Edar Dadah Berjumlah RM2.34 Juta

May 9th, 2021 | oleh Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang usahawan bergelar Datin telah ditahan oleh pihak polis di Kota Bharu, Kelantan selepas disyaki terlibat dalam satu sindiket pengedaran dadah. Pihak polis juga telah merampas dadah bernilai RM2.34 juta selain menyita menyita enam kereta, dua motosikal, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000.

Read More

Sanggup Menyamar Jadi Pegawai Kanan Polis Semata-Mata Nak Rentas Negeri

May 9th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 65 tahun dipercayai menyamar sebagai pegawai kanan polis semata-mata untuk mendapatkan kelulusan permohonan rentas negeri. Dia bagaimanapun telah berjaya ditahan pada 9.00 malam tadi di Balai Polis Petaling Jaya bagi membantu siasatan berhubung kes memalsukan identiti.

Read More

Tiada Surat Sah, Lebih 500 Kenderaan Cuba Masuk Kelantan Diarah Berpatah Balik

May 9th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, segelintir rakyat di ibu kota dipercayai cuba untuk pulang ke kampung halaman setelah diumumkan larangan merentas negeri oleh Dato Seri Ismail Sabri, baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat memaklumkan kira-kira 500 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai surat merentas negeri.

Read More

Ibu, Nenek Positif Covid-19, Nadia Brian Mohon Doa Ramai

May 9th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Pelakon cantik Nadia Brian menerusi IG Stories dengan perasaan sebak memaklumkan keluarganya dijangkiti positif Covid-19. Difahamkan, kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil ibunya untuk ditempatkan di pusat kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×