berita

Latest Posts

Akui ‘Penat’, Faizal Tahir Bakal Berhenti Menyanyi?

April 20th, 2021 | oleh Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, komposer dan penyanyi Faizal Tahir memberitahu kepada umum bahawa dia akan berehat panjang dalam industri muzik selepas Aidilfitri nanti bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi.

Read More

Siti Nurhaliza Doa Anak Lelaki Jadi Pemimpin Yang Berdedikasi, Hafaz Al-Quran

April 20th, 2021 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah selamat melahirkan anak keduanya semaam.

Artikel berkaitan: [FOTO&VIDEO] Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua, Comel Macam Muka Aafiyah!

Sebagai seorang ibu, Siti sempat merakam video mengenai pengalamannya ketika hamil anak kedua ini. Dia turut menyatakan impiannya terhadap anakanda lelakinya yang sudah lahir itu.

Read More

‘Takkan Orang Nak Bergambar, Saya Nak Kata Tak Boleh’ – PU Amin

April 19th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Terdahulu, viral foto menyaksikan PU Amin bergambar bersama influencer ‘seksi’ ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa. Foto berkenaan telah dikongsi ‘influencer’ itu bagaimanapun undang kecaman.

Artikel berkaitan: Foto Dengan Influencer Seksi Tarik Perhatian, PU Akui Hadir Bagi Tazkirah & Dakwah

Terbaru, menerusi laporan Utusan Malaysia, PU Amin sebenarnya telah menduga foto berkenaan akan mendapat kecaman.

Read More

Jomlah Shopping Beg & Kasut Raya Di Bata. Ada Banyak Promosi Dan Tawaran Hebat Tau!

April 19th, 2021 | oleh Nurul
Kini Trending

SETIAP kali menjelang Ramadan, mesti ramai yang dah tak sabar nak shopping dan tunggu tawaran hebat jualan hari raya. Selain boleh berjimat, berbelanja di musim perayaan juga adalah waktu terbaik untuk menambah koleksi peribadi.

Terkenal sebagai kedai yang menjual kasut dan beg berkualiti pada harga mampu milik, tahun ini Bata kembali dengan lebih kejutan untuk rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai koleksi eksklusif ditampilkan untuk pilihan kasut wanita, lelaki dan kanak-kanak yang korang boleh pilih buat seisi keluarga di Bata!

Lebih menarik, Bata turut menampilkan dua selebriti terkenal tanah air, Fattah Amin dan Fazura sebagai duta kempen Surprisingly Bata bagi memeriahkan lagi promosi raya tahun ini.

Read More

Kebaikan Habbatus Sauda Yang Ramai Tak Tahu, Antaranya Bagus Untuk Perlindungan Bakteria!

April 19th, 2021 | oleh Sya Alkaf
Kesihatan & Hidup Aktif

Habbatus Sauda yang juga dikenali sebagai Jintan Hitam mempunyai banyak manfaatnya tersendiri terutama sekali dari segi perubatan. Malah, satu sunnah sahih Sahih Bukhari dari Kitab al-Tibb, menyebut “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati”.

Tumbuhan ini kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari penyakit berbahaya. Menurut kajian yang dijalankan International Journal Biomedical Science, Habbatus Sauda mampu untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes.

Read More

‘Tu Bukan Pelakon, YB’ – Bront Palarae Tegur Menteri Isu Video Judi Raya

April 19th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Saifuddin Abdullah turut memberi respon terhadap isu pelakon yang terlibat dalam penggambaran iklan ‘judi’ raya. Dia turut menasihati para pelakon lebih berhati-hati dan tidak memberi alasan tiada tawaran kerja sehingga sanggup terima tawaran mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Artikel berkaitan: 4 Ditahan Individu Termasuk Pelakon, Polis Masih Buru Lelaki ‘Dalang’ Iklan Judi Raya

Artikel berkaitan: Pelakon Iklan Raya Judi Terima Upah RM180, Mahkamah Tolak Hukuman Reman

Susulan itu, pelakon Bront Palarae turut menegur istilah ‘pelakon’ yang digunakan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu. Rujuknya, kesemua yang terlibat di hadapan kamera dalam iklan judi itu bukannya pelakon tetapi lebih layak digelar ‘talent‘.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×