Pelakon Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel sering kali berkongsi foto dan video aktiviti harian mereka sekeluarga di laman media sosial. Malah, usikan pasangan suami isteri ini selalu menjadi tumpuan dan menghiburkan netizen.
Terbaru, Wawa Zainal berkongsi perasaan sedih apabila terpaksa melepaskan pembantu rumahnya yang sudah tamat perkhidmatan di situ.