berita

Latest Posts

Pelanggan HyppTV Nikmati 3 Saluran Antarabangsa Secara Percuma

October 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 18 Oktober 2012 semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran bagi tiga buah saluran eksklusif terbaru untuk perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) atau lebih dikenali sebagai HyppTV.

Ketiga-tiga saluran ini dikenali sebagai ‘now International HD,’ ‘now Mango‘ dan ‘now Hairun,‘ di mana kesemuamya kini boleh ditonton di Malaysia menerusi kerjasama antara pihak TM dan PCCW Media Ltd dari Hong Kong.

Kesemua saluran ini telah dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, (UniFi) dan masing-masing mempunyai keunikan serta sasaran penontonnya yang tersendiri.

now International HD (Saluran 155)

Saluran ini dipaparkan dalam versi Bahasa Kantonis dan ia menawarkan rancangan berupa masakan, gaya hidup, pelancongan serta pelbagai pilihan berita hiburan popular daripada produksi terbaik di Hong Kong.

now Mango (Saluran 156)

Saluran ini disiarkan dalam Bahasa Mandarin dan ia memaparkan program berupa hiburan serta bual bicara bersama selebriti terkenal dari negara Hong Kong, China dan Taiwan. Antara selebriti yang terlibat adalah Aaron Kwok, Zhang Ziyi serta Shu Qi.

now HaiRun (Saluran 157)

Saluran yang menyiarkan pelbagai drama bersiri dari negara China dan Hong Kong. Kesemua drama bersiri tersebut akan disiarkan dalam versi Bahasa Mandarin dan dipaparkan dalam revolusi berkualiti tinggi.

Menerusi pelancaran saluran terbaru ini, pelanggan HyppTV akan dapat menikmati kesemua saluran tersebut secara PERCUMA bermula 15 Oktober hingga 14 November ini.

Penyanyi Indonesia, Shae Teringin Berduet Bersama Hafiz (AF)

October 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Baru berusia 18 tahun, ia bukanlah penghalang bagi gadis yang sedang mencipta nama di Indonesia dan juga Malaysia ini. Kalau anda tak kenal dia siapa, OHBULAN! pasti anda pernah dengar lagu bertajuk ‘Sayang’, kan?

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething adalah seorang gadis anggun dan mempunyai darah kacukan Australia-Riau. Bakatnya dalam bidang nyanyian dan juga mempunyai kemahiran menari yang tersendiri telah memikat hati pemain drum Winner Band sehinggalah terhasilnya album sulung Shae yang mempunyai 8 buah lagu.

Pada 17 Oktober yang lepas, OHBULAN! telah berkesempatan menemubual Shae melalui Skype di pejabat Warner Music dan kesempatan ini telah diambil OHBULAN! untuk bertanya mengenai perkembangan terbaru penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sayang’ ini.

“Sambutan album pertama di Indonesia sangat bagus dan kawan-kawan serta peminat sentiasa memberikan sokongan pada saya,” ujar Shae apabila ditanya mengenai album sulungnya.

Sebagai seorang penyanyi yang masih muda di Indonesia yang penuh dengan penyanyi berbakat, Shae tidak memandang apa yang dilakukannya sebagai satu persaingan.

“Saya tak berharap untuk bersaing dengan penyanyi lain. Saya cuma nak lakukan apa yang saya suka dan jika orang suka saya, baguslah,” jelas Shae.

Bagi Shae, antara kekuatan yang ada didalam albumnya ialah genre yang bercampur diantara pop rock dan juga RnB.

Ditanya siapakah penyanyi dari Malaysia yang diminatinya, Shae pantas menjawab, “Saya sukakan Siti Nurhaliza dan juga Hafiz. Antara lagu Hafiz yang saya minat ialah ‘Bahagiamu, Deritaku’ dan juga ‘Awan Nano’.”

Tidak kekok dengan media dari Malaysia, Shae turut menyuarakan rasa terujanya untuk berduet bersama Hafiz jika diberi peluang.

“Kalau diberi peluang, sudah tentulah saya mahu berduet dengan Hafiz. Saya sangat sukakannya!” luah Shae teruja.

Album sulung Shae menampilkan 8 buah lagu antaranya ialah ‘Kok Telfon Telfon Sih’, ‘Cintaku Telah Mati Untukmu’, ‘Kupikir Dulu’, ‘Sayang’ dan juga ‘Aku Belum Pernah. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai muzik berdekatan dan jika anda belum pernah mendengar lagu ‘Sayang’, jom tonton video selepas ini ya.

Foto: Johan As’ari Mengaku Pernah Kerja Bancuh Simen

October 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Agaknya terkenang dengan memori silam, Johan As’ari yang mula popular dengan watak Botak dalam drama ‘Juvana’, telah menulis sebuah kenyataan di akaun Instagramnya dan mengaku pernah bekerja sebagai pembancuh simen dan mengikat batu sebelum bergelar pelakon.

Antara kenyataannya ialah,

Alhamdulillah.. Dulu aku pernah bekerja sebagai pembancuh simen dan ikat batu !

Johan turut menyuarakan rasa bersyukurnya atas pengalaman yang dilalui sebelum mengecapi kejayaan sebagai pelakon.

Syukur….pengalaman ini sangat beharga kerana aku kenal erti kesusahan..

Baguslah, walau apa pun yang kita jadi sekarang, kita kenalah sentiasa ingat dari mana kita datang. Yang cepat lupa diri itulah punca bertaburan gosip-gosip murah di media. Tapi kadang-kadang bukan salah artis, tapi salah PR/Manager artis yang terlebih kekwat. Eh, tiba-tiba teringat pula dengan rungutan seorang editor yang tentang isu PR ini. Hurm.

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #18

October 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Selepas menggantikan tempat Charlie Sheen dalam ‘Two and a Half Men‘, Ashton Kutcher juga merampas kedudukan pelakon ini dalam senarai pelakon TV Forbes yang menerima tawaran bayaran tertinggi dalam lakonan.- USA Today

Kehabisan ilham mungkin? Filem seram ‘Paranormal Activity 4’ musim terbaru ini masih mengekalkan gimik lama secara berulang-ulang walaupun sudah memasuki musim baru- Time Entertainment

Megan Fox menyatakan hasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya 2 atau 3 anak selepas melahirkan anak pertamanya, Noah Shannon pada 27 September lalu.- The Celebrity Cafe

Anak-anak Brad Pitt dan Angelina Jolie menolak  mentah-mentah hidangan makanan Perancis. Malah selera mereka lebih tertumpu kepada makanan klasik UK setelah lama menetap di negara tersebut.-  Stv Entertainment

Tempat pengajian Putera William dan Harry digunakan oleh “Posh school boys” untuk memberi perhormatan terhadap video “Eton Style” yang diinspirasikan daripada penyanyi Kpop, PSY. Jom layan video ini.

Megan Fox Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, September Lepas

October 18th, 2012 | by Ai
Hollywood

Jika anda mengikuti perkembangan Megan Fox, 26, pelakon Hollywood popular ini sebenarnya telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 27 September lepas.

Namun begitu, Megan Fox merahsiakan perkara tersebut dan hanya mengumumkannya melalui laman Facebook rasminya semalam. Bayi lelaki yang diberi nama Noah Shannon Green itu adalah hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Brian Austin Green.

Untuk pengetahuan, Megan Fox dan Austin telah berkahwin pada bulan Jun 2010. Sayangnya, Megan masih belum berkongsi lagi gambar anak pertamanya.

Foto: Nora Danish VS Anzalna Nasir, Mana Satu Pilihan Anda?

October 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kalau nak bandingkan, sudah pasti OHBULAN! sendiri pun pusing kepala. Kehadiran 2 selebriti iaitu Nora Danish, 30, dan Anzalna Nasir, 23, ke majlis pengumuman Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Curve telah mencuri perhatian tetamu-tetamu yang berada disana.

Tampil berbusana putih, jika dilihat sekali imbas, Nora Danish kelihatan anggun dan menarik mata yang memandang dengan gaun yang mendedahkan sedikit bahagian bahunya umpama pakaian puteri di zaman Rom. Namun begitu, Nora bijak menutup sedikit bahagian yang terdedah dengan rambutnya yang ikal.

Berlainan pula dengan Anzalna Nasir, tampil berbusana hitam, dia kelihatan jelita dengan bibir berwarna merah pekat disamping rambutnya yang sengaja diikat belakang. Ini menampilkan lagi kejelitaannya bersama gaun hitam yang kami kira, sesuai dengannya.

Untuk pengetahuan, para selebriti hadir memakai pakaian sebegini adalah disebabkan tema bagi Anugerah Skrin 2012 pada tahun ini ialah berkonsepkan “Selami Dunia Fantasi Kami” (Fairy Tale). Jadi, tidak hairanlah jika anda melihat foto-foto selebriti menggayakan busana yang mempunyai kepak, ataupun apa-apa sahaja yang pelik.

Tidak mahu bercerita panjang, anda pilih, Nora atau Anzalna? Susah kan?

[poll id=”61″]

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Paling Popular Minggu Ini