berita

Latest Posts

Video : Jenaka Sindir Politik Daripada Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak & Ramai Lagi

May 14th, 2012 | by M
Video Popular

Okay, ini serius lawak. Jenaka sinis menyindir konflik politik kadang-kala boleh mengelikan hati. Paling istimewa, video-video yang dimuat naik oleh saluran ‘Bangkang Dari Longkang’ ini turut mendapatkan sentuhan daripada pelawak-pelawak terkenal seperti Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak.

Slot komedi bukan sahaja menyentuh isu politik, malah ia turut menyentuh topik situasi seharian yang kita sering alami. Antara video yang menarik ditonton ialah, ‘Esok Nak Demo Ni’ , ‘Demo Anti Demo’, dan ‘Bila Pilihanraya’.

Video ini hanya sesuai untuk anda yang serapkan jiwa humor semasa menontonnya. Yang cepat butthurt, tak digalakkan langsung.

Video selepas ini.

1. Bila Pilihanraya

2. Esok Nak Demo Ni

3. Demo Anti Demo

Monday Music : Justin Bieber Sudah Ada “Boyfriend”

May 14th, 2012 | by M
Video Popular

Bukan, bukan Justin Bieber menjadi gay. Dia masih ada Selena Gomez. Sebaliknya, Justin Bieber telah melancarkan video klip terbaru beliau berjudul “Boyfriend” sekitar seminggu yang lalu. Tidak mengejutkan, penyanyi pop sensasi ini telah mengumpul jumlah tonton mencecah 33 juta sejak ia dilancarkan.

Berbanding video klip untuk lagu lama seperti “One Time”, “Boyfriend” yang diterbitkan oleh The Island Def Jam Music Group ini memaparkan sisi kematangan penyanyi ini yang baru sahaja mencecah usia 18 tahun. Namun ada sedikit kelainan daripada segi lontara suara serta rentak lagu. Sekali dengar, kami ingatkan Justin Timberlake yang nyanyikan lagu ini.

Rasanya, Justin Bieber ingin membuktikan kepada haters di luar sana bahawa dia kini lebih kool dan matang berbanding saat awal kemunculannya dalam industri hiburan. Dear haters, serve you right!

Video : Kenali Penyanyi Asal Lagu ‘Doraemon’

May 14th, 2012 | by M
Video Popular

Berdasarkan statistik demografi, rata-rata pembaca OHBULAN! membesarkan dengan lagu daripada siri kartun Jepun popular, Doraemon. Namun, ramai yang di antara anda yang tidak mengenali siapakah wajah di sebalik suara nyaring yang menjadi siulan ramai itu.

Sebagai pencinta Doraemon, kami di OHBULAN HQ kongsikan video ini khas untuk anda. Sedikit kenangan masa kecil terimbau sejenak, seronok kan? Kalau anda ada kenangan manis mengenai Doraemon, apa salahnya kongsikan bersama kami pula.

Bekas Isteri Dakwa Joey Lupa Anak, Abai Nafkah

May 14th, 2012 | by M
Kini Trending

Perumpamaan ‘Rumah Siap Pahat Masih Lagi Berbunyi’ amat kena dengan krisis rumah tangga antara Joey & bekas isteri, Noraini Mohd Nasir. Nampaknya, Joey masih belum terlepas daripada tuntutan oleh bekas isteri walaupun dia sudah melangsungkan perkahwinan bersama Watie, akhir tahun lalu. Dalam perkembangan terbaru, Noraini mendakwa Joey telah mengabaikan nafkah serta melupakan anak angkat, Zidani yang pernah dipersetujui untuk dijaga bersama selepas terlibat dengan hubungan bersama Watie sejak 2 tahun yang lalu. Ikuti cerita sepenuhnya selepas ini.

Memetik kata-kata Noraini daripada laman Beautifulnara, “Dulu, Joey yang beriya-iya sehingga menangis ketika menyambut Zidani di hospital. Kini hanya Tuhan yang tahu beban yang ditinggalkan untuk saya. Siang malam saya bekerja untuk membesar Zidani, kami terkontang-kanting untuk hidup. Amanah Tuhan terus dibuangnya bagaikan sampah!

“Saya hiba setiap hari Zidani akan bertanya ‘kenapa baba tidak balik bekerja?’ Mungkin juga sudah tiba masanya saya mahu memberitahu Zidani, baba sudah mati. Seingat saya hanya RM1,000 duit belanja anak diberikan, itupun kira-kira 2 tahun lalu ketika meninggalkan kami. Sejak itu yuran sekolah, makan minum, pakai dan sakit pening ayah tidak pernah diambil peduli. Sampaikan anak bersekolah di mana pun dia tidak tahu.

“Dua kali Zidani sakit teruk, jangan kata nak datang jenguk, hulur lima sen pun tidak. Joey cakap dengan kawan-kawannya saya tidak memberinya jenguk anak, itu satu pembohongan! Joey pernah terbabit dalam penggambaran berdekatan dengan rumah tidak lama dulu, jangan ingat saya tidak tahu, tapi itupun dia tidak menjenguk anak.

Apa salahnya singgah sekejap, hantar duit RM50 pun tidak mengapa. Takkan saya nak menghalaunya jika dia ketuk pintu rumah nak jenguk anak. Saya pun kasihan pada Zidani, nama ‘baba’ tidak pernah lekang daripada bibirnya biarpun sudah 2 tahun Joey meninggalkan kami.”

Apakah pandangan anda? Patutkah Joey melupakan anak seperti yang didakwa oleh bekas isterinya, atau biarkan sahaja perkara sebegini berlaku?

Trailer ‘Mencari Cinta’ Lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli Dilancarkan

May 14th, 2012 | by M
Filem Antarabangsa

Trailer ‘Mencari Cinta’ versi raw edit lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli yang dilancarkan sejak 7 Mei lalu mula mendapat respon yang positif daripada peminat. Filem ini berkisarkan Razlan lakonan Rusdi Ramli, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab.

Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya, Malek di saat majlis perkahwinan mereka kerana Malek mempunyai teman wanita yang lain. Bapa kepada Myra, Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibu bapa Razlan.

Jodoh temukan Myra dan Razlan namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampung yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Di situ berlakunya konflik antara mereka berdua di mana pertemuan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi cinta sejati.

Trailer selepas ini.

I’m Pregnant! – Eira Syazira Sahkan Kehamilan Pertama

May 14th, 2012 | by M
Kini Trending

Pelakon Syazira Suhami atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira telah mengesahkan kehamilan pertamanya hasil perkahwinan bersama Azad Jasmin, juga pelakon melalui laman rasmi Facebook beliau, kira-kira 11 jam lepas.

Menurut Eira, berita ini amat bermakna buat beliau kerana dimaklumkan oleh doktor tepat dengan sambutan hari ibu yang berlangsung semalam. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh si suami yang dikatakan melompat kerana teruja dengan berita tersebut.

Pada masa yang sama, Eira turut mengucapkan tanda syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan anak sejak mengikatkan tali perkahwinan pada bulan September 2011.

Di laman Twitter pula, Eira sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau mengidam nasi lemak. Aha, apa lagi Azad, cepat lah tunaikan permintaan isteri tersayang!

Tahniah buat Eira & Azad!

Top Posts This Week