berita

Latest Posts

Takut Bini Marah Duit Gaji Sikit, Lelaki Buat Laporan Palsu Kena Samun

December 10th, 2020 | oleh Zulaikha
Kini Trending

Kerana takut dimarahi oleh isteri akibat menghabiskan duit gaji membeli ‘dadah’, seorang lelaki bertindak membuat laporan palsu kononnya dia telah disamun oleh tiga lelaki yang tidak dikenali. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Kelapa Sawit, Kampung Ekor Kucing, Padang Serai.  Read More

Bagai Le Tour De Langkawi, Individu Berbasikal Tengah ‘Highway’ Undang Kecaman Netizen

December 10th, 2020 | oleh AnisAffandi
Kini Trending

Selepas viral foto sekumpulan penunggang basikal memanjat bulatan Elmina yang terletak di Selangor tempoh hari, orang ramai seakan mula meluat melihat aksi ‘geng basikal’ ini yang didakwa semakin keterlaluan.

Artikel Berkaitan: Panjat, Bergambar Atas Roundabout Elmina, Netizen Mula Meluat Tengok Gelagat Geng Basikal

Belum reda isu itu, muncul pula foto seorang penunggang basikal yang dikatakan menaiki basikal di tengah jalan raya sehingga membahayakan keselamatan sendiri dan pengguna lain. Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Persekutuan berhampiran RTM itu mengundang reaksi kurang senang dari netizen.

Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang, dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Read More

Ingatkan Jerawat Biasa, Gadis Berisiko Buta Selepas Picit ‘Tompok’ Kecil Di Hidung

December 10th, 2020 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Di Manila, Filipina, seorang remaja pe­rempuan berumur 17 tahun berkemungkinan menjadi buta akibat penyakit misteri selepas dia memicit tompok kecil seakan jerawat di hidung­nya kira-kira setahun lalu.

Menerusi laporan The Sun Uk, sejak insiden tersebut, wajah Mary Ann Regacho berubah dan membengkak sehingga dia sukar untuk dikenali.

Read More

Siti Nurhaliza & Neelofa Berada Dalam Senarai 100 Selebriti Paling Berpengaruh Di Asia Pasifik!

December 10th, 2020 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Sering mempromosikan apa sahaja produk termasuk makanan di media sosial, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah tersenarai antara 100 selebriti paling berpengaruh di rantau Asia Pasifik. Tahniah!

Menerusi Instagram Tokti, dia bersyukur kerana usaha kecilnya untuk membantu golongan yang terjejas ketika pandemik Covid-19 ini ternyata memberi manfaat kepada semua.

Read More

Baju ‘Mata Satu’ Datuk Ismail Sabri Semasa Sidang Media Jadi Perdebatan Netizen

December 10th, 2020 | oleh Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, jika menjadi seseorang yang dikenali ramai tidak kiralah artis, menteri, instafamous dan sebagainya pasti akan ada ‘mata-mata’ yang memerhati. Bukan setakat gerak-geri sahaja yang diperhatikan malah dari segi pakaian juga turut dikritik.

Terbaru, baju yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Read More

Pelajar Jadi Saksi Cikgu Dirompak Semasa Kelas Online

December 10th, 2020 | oleh Zulaikha
Kini Trending

Kaedah pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL) dipraktikkan semenjak dunia dilanda pandemik Covid-19. Kaedah tersebut merupakan kaedah alternatif bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Namun, lain pula yang terjadi di Ohio, Amerika Syarikat, apabila seorang guru dirompak ketika melakukan kelas secara atas talian.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×