berita

Latest Posts

[VIDEO] Lebih 160K Tontonan, Ramai Terhibur Adik Mayah Ciwi Bebel Adik. Bijak Naa Hampa!

July 24th, 2020 | oleh Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, adik Sumayyah atau lebih mesra dipanggil Mayah telah kehilangan ayah tercinta baru-baru ini. Walaupun begitu, adik Mayah dilihat semakin kuat hadapi ujian berat ini.

Terbaru lebih 150k tontonan di Instagram, video adik Sumayyah sekali lagi berjaya tarik perhatian netizen. Dia dilihat sedang membebel kepada adiknya mengenai solat dan berbuat baik kepada orang tua. Bijak betul adik Mayah ini!

Read More

Isu Lesen FINAS, Sofyank Harap Kerajaan Tak Sekat Kreativiti Anak Muda

July 24th, 2020 | oleh Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abddullah sebelum ini mengenai permohonan mengenai lesen penggambaran mengundang reaksi ramai. Beliau bagaimanapun telah tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung perkara itu.

Artikel berkaitan: ‘Saya Hanya Menerangkan Akta Sedia Ada’ – Isu Lesen Penggambaran FINAS, Ini Penjelasan Menteri

Selain penggiat seni, isu ini turut mendapat perhatian pencipta kandungan video media sosial di Malaysia antaranya Sofyank. Sofyank yang pernah beberapa kali bekerjasama dengan artis antarabangsa melalui pembikinan video unik menyifatkan arahan terbaru kerajaan ini bakal menyekat kreativiti mereka.

Read More

‘Tergamak Orang Buat Saya’ – Muntah Darah Selepas Makan, Wanita Meninggal Dunia Dikhianat Suami Sendiri

July 24th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Demi kepuasan diri sendiri, sesetengah individu sanggup menggunakan jalan singkat iaitu ilmu hitam. Mereka sanggup memusnahkan seseorang demi mendapatkan apa yang dihajati.

Seperti kisah yang diceritakan Qiqi atau Tok di Facebook, seorang wanita mengadu dikhianat suami sendiri apabila tiba-tiba muntah darah selepas makan makanan pemberiannya. Badan juga mula lemah sehingga terpaksa berhenti kerja. Apa yang menyedihkan, dia meninggal dunia sehari selepas berkongsi kisah ini.

Read More

PDRM Sahut Saranan Kerajaan, Beri Nasihat Pakai Pelitup Muka Dalam Tulisan Jawi

July 24th, 2020 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyokong usul hari Jumaat diumumkan sebagai Hari Jawi.

Artikel berkaitan: Mahu Martabat Tulisan Jawi, Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi

Beliau turut menyeru semua kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini.

Read More

Suami Pavithra Mengaku Tak Bersalah Miliki Senjata Berbahaya Sabit Sepanjang 26 Inci

July 24th, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh di media sosial apabila Sugu, suami kepada pasangan Youtuber yang semakin meningkat naik telah ditahan polis atas tuduhuan mencederakan isteri menggunakan senjata tajam. Oleh sebab itu, isterinya Pavinthra mengalami luka dan lebam di bahagian muka serta bibir.

Artikel berkaitan : Suami Youtuber Terkenal Ditahan Dakwaan Cederakan Isteri

Terkini, memetik laporan Harian Metro, Sugu telah didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Read More

‘Saya Hanya Menerangkan Akta Sedia Ada’ – Isu Lesen Penggambaran FINAS, Ini Penjelasan Menteri

July 23rd, 2020 | oleh Shafika
Kini Trending

Hari ini viral apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP). Laporan itu telah menimbulkan reaksi negatif sebilangan besar penghasil filem, serta netizen di laman sosial termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan : Selebriti Media Sosial, Netizen Kurang Setuju Arahan Wajib Mohon Lesen Penggambaran FINAS

Terbaru, Menteri KKMM memberi penjelasan berhubung isu ini selepas menerima kritikan orang ramai. Menurutnya, dia hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada bukan berkaitan dengan mana mana parti.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×