berita

Latest Posts

Perdana Menteri Bersemuka Dengan Agong Buat Kali Pertama Setelah 3 Bulan Bersidang Video

June 10th, 2020 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Mulai hari ini sehingga 31 Ogos, seluruh masyarakat di Malaysia akan melalui satu episod baharu di mana pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Meskipun kerajaan melaksanakan PKPP, rakyat diberikan sedikit kelonggaran untuk merentas negeri dan kebanyakan sektor ekonomi sudah kembali beroperasi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menghadap KDYMM Baginda Agong di Istana Negara secara bersemuka pagi tadi. Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan pertama setelah 3 bulan bersidang dalam Mesyuarat Pra-Kabinet secara sidang video.

Read More

‘Lepas Letak Panggilan Tu Saya Terpinga-Pinga’ – Sarah Hildebrand Dipukau Scammer

June 10th, 2020 | oleh faris
Kini Trending

Sindiket penipuan menggunakan panggilan telefon kerap kali dilaporkan media dan dikongsikan di laman sosial. Tanpa mengira latar belakang, suspek memperdaya mangsa sehingga mengaut ribuan Ringgit tanpa perlu banyak berusaha. Pelakon Pujaan Hati Kanda, Sarah Hildebrand menceritakan pengalamannya menjadi mangsa scam ini.

Read More

‘Rohingya Bukan Warga Kami’ – Kerajaan Bangladesh Tolak Penerimaan Rohingya Dari Malaysia

June 10th, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Isu berkenaan pelarian etnik Rohingya di negara kita semakin membimbangkan selepas seramai 269 etnik ini telah berjaya tiba di Pulau Langkawi semalam. Mereka dikatakan dengan sengaja membocorkan bot dan merosakkan enjin sehingga tidak dapat dibaiki supaya dapat mendarat di perairan negara.

Ekoran dengan itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media semalam menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menerima pendatang ini lagi. Beliau turut akan berbincang dengan wakil kerajaan Bangladesh untuk menghantar etnik ini ke Pulau Bhasan yang merupakan penempatan sementara pelarian berkenaan.

Read More

Obses Dengan ‘Kematian’, Lelaki Rakam Aksi Bunuh Diri Di TikTok

June 10th, 2020 | oleh Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang berasal dari Bengaluru, India disahkan meninggal dunia selepas dipercayai meminum racun sebelum dia bertindak merakam perbuatan tersebut untuk memuatnaik ke laman media sosial TikTok.

Read More

‘Akibat Sunyi, Dia Korek Kubur..’ – Kisah Misteri Pakar Sejarawan Rusia Memumiakan 26 Mayat

June 10th, 2020 | oleh Amat
Kini Trending

Kisah mengenai seorang ahli filologi dan sejarawan daripada Rusia iaitu Anatoly Moskvin pernah menggemparkan dunia. Dia pernah memumiakan seramai 26 mayat perempuan yang berusia lingkungan 3 hingga 15 tahun dan sembunyikan mayat berkenaan di dalam rumahnya.

Misteri terungkai apabila aktiviti mengorek pusara di perkuburan Islam di Nizhny Novgorod itu ‘kantoi’. Tangkapan berkenaan membawa pihak berkuasa ke rumahnya dan mendapati…

Read More

Lampu Bilik Terbuka, Dengar Bunyi Menangis, Felo Kongsi Pengalaman Seram Jaga Kolej Kosong

June 10th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Kediaman kosong atau asrama seringkali dikaitkan dengan cerita seram dan mistik. Orang ramai percaya bahawa tempat-tempat sebegini menjadi tempat tinggal makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Seperti kisah yang viral di laman sosial ini, seorang lelaki menceritakan pengalaman menjaga asrama kosong sewaktu wabak pandemik. Difahamkan asrama tersebut sudah berusia 60 tahun dan merupakan asrama pertama di Malaysia.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×