berita

Latest Posts

Terlalu Rindukan Mak Ayah Yang Dah Tiada, Azar Azmi Kongsi Video Sebak

June 12th, 2020 | oleh Shafika
Kini Trending

Mencipta nama menerusi drama Nur 2, pelakon Azar Azmi mula melonjak naik dan semakin dikenali. Ramai tak tahu sebenarnya pelakon berbakat besar ini sebenarnya bekas peserta Dewi Remaja pada tahun 2009-2010. Jika siapa mengikuti Azar di lama Instagram pasti tahu pelakon ini seorang ceria.

Namun, disebalik keceriaannya itu terselit satu kisah duka apabila dia sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Sebak kami melihat video dikongsi pelakon ini. Semoga terus kuat menjalani kehidupan seharian.

Read More

Heroin ‘Crash Landing On You’ Wanita Tercantik Di Dunia, Kalahkan Lisa Blackpink & Song Hye-kyo

June 12th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Siapa tidak kenal bintang terkenal Korea, Son Ye Jin, yang banyak membawa watak sebagai heroin drama. Crash Landing On You hasil lakonannya bersama Hyun Bin turut menjadi trending dan mendapat lebih 1.2 billion tontotan dalam talian.

Terbaru, Son Ye Jin dinobat sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020 mengalahkan tiga calon akhir iaitu Lisa BLACKPINK, Tzuyu TWICE dan pelakon Thailand, Urassaya “Yaya” Sperbund.

Read More

‘Kami Sama-Sama Ke Pondok Hisap Ganja’ – Saksi Pendakwaan Kes Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

June 11th, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

3 tahun lalu, satu tragedi telah menggemparkan negara apabila sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hangus dijilat api. Lebih menyedihkan, kejadian itu telah meragut 23 nyawa penuntut tahfiz berkenaan. Pada awal tahun ini, seorang daripada tertuduh yang didakwa membunuh penuntut tahfiz berkenaan telah dibebaskan manakala seorang lagi diperintah membela diri.

Laporan terkini Bernama mendapati seorang saksi telah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan lain pergi menghisap ganja sebelum kejadian.

Read More

[VIDEO] 5 ‘Kak Long’ Besut Ditahan Lepas Pukul Rakan

June 11th, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan pergaduhan antara seorang remaja perempuan dan sekumpulan remaja perempuan yang lain. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Pasir Akr, Besut didakwa berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan salah seorang suspek. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang duduk melepak bersama seorang rakannya sebelum sekumpulan remaja perempuan tiba dan terus membelasahnya.

Read More

‘Pengangkutan Awam Dibenarkan Operasi 24 Jam Dalam Kapasiti Penuh’ – Ismail Sabri

June 11th, 2020 | oleh Amat
Kini Trending

Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media hari ini melaporkan beberapa kelonggaran yang diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Datuk Ismail Sabri menerangkan beberapa SOP pengangkutan awam yang dibenarkan beroperasi termasuk kenderaan e-hailing, bas express dan kereta api.

Read More

Hanya Tahu Cari Salah & Kutuk KKM, Individu Selar Kenyataan Antivaks

June 11th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memberitahu Malaysia mampu memutuskan kadar jangkitan COVID-19 dengan pematuhan tinggi rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Walaupun tanpa vaksin, kerjasama dan disiplin tinggi rakyat sangat membantu dalam usaha pencegahan ini.

Di Facebook, seorang individu menyelar kenyataan antivaks yang mendakwa walaupun tanpa vaksin kadar kesembuhan adalah hampir 80%.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×