berita

Latest Posts

‘Dah Bertahun Guna Cara Ini’ – Ustaz Kongsi Cara Rawatan Kelapa Bakar Usaha Ikhtiar Hamil

April 9th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Dalam usaha mendapatkan cahaya mata, pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri. Yang paling penting, pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti masalah dalaman yang dihadapi mereka. Kemudian, dapatkan nasihat pakar mengenai status kesihatan yang harus dijaga.

Namun, rawatan secara tradisional juga turut diamalkan sesetengah pasangan dalam usaha ikhtiar hamil. Seperti yang dikongsi Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin ini, Ustaz Mujahidin Al Banjari membantu pasangan yang ingin zuriat menggunakan kelapa dan beberapa bahan lain.

Read More

12 Penjara Bertungkus Lumus Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’, Tiada Cuti

April 9th, 2020 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) antara kekangan yang perlu dihadapi petugas barisan hadapan sejak penularan wabak Covid-19. Oleh itu, ada diantara petugas yang sanggup bekerja lebih masa demi menghasilkan sendiri alat perlindungan tersebut.

Demi meringankan beban tersebut, para banduan dari Penjara Kajang, Selangor dan beberapa penjara yang lain turut ditugaskan mengendalikan tempahan peralatan perlindungan buat negara.

Read More

‘Allah Maha Mengetahui’ – Lelaki Nekad Pulang Duit BPN ‘Tersalah Masuk’

April 9th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM9.24 bilion dalam usaha membantu golongan terjejas akibat Covid-19. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, setiap golongan mendapat perhatian dalam memastikan tiada yang tercicir.

Namun, bagi individu ini, dia nekad untuk memulangkan kembali wang BPN sebanyak RM1000 yang diterimanya. Menurut Rinizan Razali, wang tersebut seharusnya sampai kepada golongan yang lebih memerlukan.

Read More

‘Anak Perlu Lihat Kita Mengaji’ – Guna Konsep ‘Role Model’ Atasi Anak Liat Belajar Mengaji

April 9th, 2020 | oleh Shahira
Kini Trending

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mendidik dan mendisiplinkan anak-anak. Sikap baik dan contoh teladan yang ditunjukkan ibu bapa inilah yang akan membentuk seorang insan yang berjaya kelak. Hal ini kerana, kebanyakan anak-anak yang masih kecil akan memerhati dan mengikut sikap yang diamalkan ibu bapa mereka.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang bapa, Ramzul Alam apabila anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu dikatakan agak ‘liat’ untuk belajar mengaji. Tetapi akhirnya lelaki ini berjaya menemui satu cara untuk mendidik anaknya itu supaya belajar mengaji.

Read More

‘Mulanya Saya Bernazar, Jika Wabak Ini Ada Penawar Saya Nak Pakai Tudung’

April 9th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Kini berhijab, penampilan terbaru pelakon, pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahira mendapat perhatian ramai. Di Instagram, dapat dilihat Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera memakai tudung di beberapa keping gambar terbaru yang dimuat naik.

Menerusi Harian Metro, Shiera berkongsi sudah berhijab sejak dari hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 18 Mac lalu.

Read More

Menteri Pengajian Tinggi Dikecam Anjur Pertandingan Tiktok

April 9th, 2020 | oleh Shahira
Kini Trending

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas memuatnaik satu tweet di akaun Twitternya dengan mempromosikan pertandingan TikTok yang dianjurkannya. Lebih mengejutkan ramai apabila beliau juga turut berkongsi satu video TikTok yang menampilkan dirinya bersama-sama dua orang influencer iaitu Noreen dan Iskandar Rahman.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×