berita

Latest Posts

Caroline Juara Mentor 6, Tahniah!

June 11th, 2012 | by M
Kini Trending

Persaingan Mentor 6 yang sengit daripada 3 protege di Stadium Melawati lewat malam tadi menyaksikan Caroline merangkul gelaran juara bagi musim ini dengan membawa pulang hadiah berupa RM100 000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu, Zatul berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30 000 dan sebuah trofi setelah menduduki tempat kedua dengan 60 markah. Manakala Anas protege kepada Faizal Tahir yang menduduk tempat ketiga hanya membawa pulang wang tunai bernilai RM10 000 beserta trofi.

Prestasi Caroline boleh diibaratkan all-out dengan mudah mengenepikan persembahan Anas yang kelihatan biasa sahaja. Apatah lagi Caroline berjaya memukau penonton dengan persembahan ‘I Don’t Want To Miss A Thing – Aerosmith’, sebuah lagu yang mempunyai vocal range yang pelbagai dengan amat baik.

Manakala persembahan Zatul melalui lagu medley ‘Pawana / Pelesit Kota’ berjaya meremangkan bulu roma para penonton namun ia masih belum cukup untuk mempengaruhi undian penonton. Jelas sekali, Zatul masih perlu memperbaiki lagi persembahannya terutama pada penjiwaan lagu.

Apa pun, kemenangan protege Ella ini hanyalah titik tolak kepada kareer Caroline dalam industri hiburan. Ia bukan lah satu lesen untuk Caroline mendabik dada kerana sudah ramai juara-juara Mentor sebelum ini yang tenggelam dek kurangnya x-factor dalam diri mereka.

Kepada Caroline, jika anda ingin berjaya kena bekerja lebih keras serta menjadi extra-ordinary bagi menarik lagi perhatian peminat. Syabas buat anda!

Foto kredit : Gua Malaysia

Konsert Christina Perri Malam Ini, Anda Sudah Bersedia?

June 7th, 2012 | by M
Kini Trending

Hari ini OHBULAN HQ diselubungi dengan mood romantik daripada Christina Perri akan lagunya yang berjudul ‘A Thousand Years’. Kenapa ya?

Sebabnya, Christina Perri akan melangsungkan konsert buat pertama kalinya di bumi Malaysia pada malam ini bermula pukul 8:30 malam di KL Live, Kuala Lumpur. Kami pasti, dendangan ‘A Thousand Years’ pada malam ini akan menjadi sejarah ikonik buat anda, terutamanya peminat filem Twilight.

Christina Perri bukannya seperti artis rancangan realiti. Tiada bakat, hanya mengharapkan rupa. Sebaliknya, dia dilahirkan dengan ciri-ciri seorang pemuzik serta pencipta lagu berbakat yang mampu mengegarkan dunia hiburan. Antaranya, single ‘Jar Of Hearts’ berjaya merentap hati peminat sehingga mencapai jutaan jualan melalui online sahaja!

Perkembangan terkini pula, kejayaan album pertama berjudul ‘Lovestrong’ membuatkan penyanyi ini begitu teruja untuk bekerja lebih keras demi mengeluarkan album kedua yang dijadualkan keluar pada musim panas 2013.

Kepada anda yang pergi ke konsert Christina Perri malam ini, jangan lupa jeritkan ‘I Love U’!

Miley Cyrus Terima Cincin Berlian 3.5 Karat Tanda Pertunangan

June 7th, 2012 | by M
Hollywood

‘Mimpi saya telah menjadi kenyataan’, kata Miley Cyrus kepada peminatnya setelah menerima sebentuk cincin berlian 3.5 karat daripada Liam Hemsworth sebagai tanda pertunangan mereka, lewat malam tadi.

Berlian ini mempunyai motif flora dan diikat dengan menggunakan emas 18 karat menerima sentuhan peribadi daripada pengukir terkenal, Lane. Kata Lane, Hemsworth amat berpuas hati dengan hasil kerjanya yang selesai disiapkan minggu lepas.

Pasangan ini mula berkenalan apabila digandingkan bersama untuk filem ‘The Last Song’ yang disiarkan pada tahun 2009. Ketika itu, Hemsworth menafikan segala desas desus mengenai hubungan istimewa mereka serta ingin kekal profesional.

Hemsworth berkata,”Apa pun terjadi, mungkin ini takdir kami untuk bersama,” sekaligus memberikan persepsi bahawa dia benar-benar jatuh cinta dengan Miley Cyrus.

Setakat ini masih tiada sebarang makluman mengenai tarikh perkahwinan. Bagaimana pun, ada pihak yang meragui keupayaan pasangan muda ini untuk memberikan komitmen terhadap perkahwinan.

Hari ini Miley Cyrus sempat berkongsikan kebahagiaannya menyebut, “Saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi berita baik ini bersama anda.”

Foto : Nasha Aziz Covergirl Majalah ENF Edisi Ke-8. Vogue!

June 7th, 2012 | by M
Kini Trending

Satu lagi wajah eksklusif yang amat jarang kita lihat iaitu Nasha Aziz telah tampil sebagai covergirl untuk kulit depan majalah online ENF edisi ke-8. Gaya rambut mohawk dikenakan dengan dress merah pendek memberikan perspektif keteguhan personaliti pelakon ini yang seakan tidak dimamah usia.

Berkongsi serba sedikit mengenai penglibatannya dalam dunia seni, Nasha Aziz memberikan pandangan bahawa seni berupaya menaikkan taraf individu daripada biasa kepada luar biasa sehingga bisa mengagumkan orang luar. Jika anda ingin mengetahui apakah cerita disebalik dunia seni, layari majalah ENF ya!

P/s: Bila agaknya Nasha Aziz nak menamatkan zaman bujang ye?

Aaron Aziz Muncul Dalam Video Klip Najwa Latif & Sleeq, ‘Untuk Dia’

June 6th, 2012 | by M
Video Popular

Kalau tak silap perhitungan kami, ini merupakan kali pertama Aaron Aziz muncul dalam video klip melibatkan penyanyi tempatan. Sudah tentu kemunculan Bintang Paling Popular ABPBH 2011 ini adalah satu hadiah istimewa buat peminatnya.

Bukan itu sahaja, heroin drama Nora Elena iaitu Siti Saleha turut muncul sebagai satu watak penting untuk menjayakan video klip ‘Untuk Dia’ nyanyian Najwa Latif & Sleeq. Kami difahamkan oleh Aaron Aziz bahawa video klip ini merupakan lagu pertama yang diterbitkan oleh syarikat label kepunyaan beliau.

Kandungan video klip turut menggunakan paparan ballot komikal bagi menyampaikan keseluruhan jalan ceritanya. Idea segar ini sudah tentu menarik perhatian lebih ramai anak muda seperti kami. Ehem!

Kawan-kawan, jom enjoy lagu ini sambil joget-joget ye. Ewah!

VERSUS Tawan Media Sosial Dengan Lebih 0.5 Bilion ‘Impressions’

June 6th, 2012 | by M
Kini Trending

Versus yang menobatkan band Hujan sebagai juara pada hari Jumaat lalu telah berjaya menawan laman media sosial dengan 517 juta impressions, 9 juta reach, 49,000 tweets oleh 10,600 contributors melalui hashtag #Versusmy sejak ia disiarkan di TV9 pada 13 April 2012 sehingga 2 Jun 2012. Paling membanggakan, konsert Konfrontasi Terakhir, Versus berjaya merangkul takhta trending nombor 1 di Malaysia!

Pada Konfrontasi Terakhir Versus, Space U8 Shah Alam telah digegarkan dengan kehadiran lebih 3,500 orang yang sudah mula membanjiri pusat membeli belah itu seawal 6.00 petang lagi. Walaupun konsert itu berakhir selewat 1.30 pagi namun peminat yang hadir teguh memberi sokongan untuk melihat kreativiti tanpa batasan yang dipersembahkan oleh 6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila! Hujan dan Sofazr. Ini membuktikan bahawa konsep Versus dalam percubaan pertama untuk melahirkan pemuzik yang lebih berinovatif telah mendapat penerimaan positif daripada orang ramai.

Hadir dengan pakej lengkap penuh keunikan, Hujan berjaya mendominasi konsert final dengan pelbagai elemen kejutan yang menambah rencah persembahan mereka sekaligus merangkul gelaran band paling kreatif di pentas Versus. Memperoleh undian sebanyak 50.4% kedudukan Hujan hanya dibezakan dengan peratusan undian sebanyak 0.8% di hadapan Go Gerila!. Walaupun Go Gerila! dinobatkan di tangga kedua, mereka merasakan bahawa mereka juga adalah juara. Ini kerana walaupun masih baru dan tidak dikenali di arena ini, Go Gerila! telah berjaya membuktikan bakat dan kreativiti mereka yang tinggi dan harus dipuji.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan rakyat Malaysia merupakan pengguna laman sosial yang aktif dan ingin kekal relevan dengan kandungan hiburan serta berita yang terkini.

Syabas OHBULAN ucapkan kepada pasukan Versus!

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Paling Popular Minggu Ini

Shout Out!

×