berita

Latest Posts

Subkuster PUI Bali Di Kuantan Jangkiti Lebih 20 Orang Termasuk Anggota Kesihatan

April 13th, 2020 | oleh Arini Saleh
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan keadaan terkini kes Covid-19 menunjukkan perkembangan positif. Seramai 168 orang berjaya pulih dan dibebaskan dari wad menjadikan angka keseluruhan pesakit pulih adalah 2,276. Manakala, bagi kes positif baharu dilaporkan sebanyak 134 kes menjadikan kes positif keseluruhan adalah 4,817.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti terdapat dua subkluster saling berkaitan di Kuantan.

Read More

Persekitaran & Udara Bersih Boleh Cegah Wabak? Ketahui Bagaimana Penulenan Udara Boleh Membantu!

April 13th, 2020 | oleh Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Aduh PKP lanjut lagi. Aku dah rasa tak bernafas duduk dalam rumah ni!

Pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri bererti pertambahan lagi 14 hari rakyat Malaysia harus berada di rumah bagi membantu mendatarkan lekuk jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Namun, timbul pula masalah baru bila kawasan rumah tiada pengudaraan yang baik dan menyebabkan penghuni mudah dijangkiti penyakit. Lebih membimbangkan jika terdapat haiwan peliharaan dan anak yang masih kecil. Jadi, macam nak bersihkan udara dalam rumah waktu macam ni? Read More

Menteri Besar Perlis Benar Meniaga Di Rumah, Tepi Jalan Sepanjang Ramadan

April 13th, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Semua sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Pada 24 April ini, semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Sebelum ini, Berita Harian melaporkan bahawa pihak kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Walaupun tiada lagi bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi, inisiatif kerajaan negeri Perlis harus mendapat pujian kerana membenarkan peniaga makanan di negeri itu untuk berniaga di rumah dan bahu jalan.

Read More

‘Keputusan Bedah Siasat Mendapati….’ – Remaja Bawa Balik Mayat Teman Wanita Sejauh 15KM Direman 4 Hari

April 13th, 2020 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral mengenai kisah seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menghantar mayat teman wanitanya selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan di hadapan kilang kelapa sawit di Felda Keratong 3 Muadzam Shah, Pahang. Menerusi laporan Harian Metro, remaja tersebut direman selama empat hari bermula hari ini.

Read More

Budak 3 Tahun Pegang Botol Hand Sanitizer Melecur Teruk Disambar Api

April 13th, 2020 | oleh Shahira
Kini Trending

Di Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan badannya selepas disambar api ketika membawa botol hand sanitizer di kawasan pembakaran sampah.

Read More

12 Anggota Polis Urus Mayat Warga Asing Positif Covid-19 Tanpa Disedari

April 13th, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Polis Daerah Kota Kinabalu telah dikejutkan dengan penemuan mayat warga asing yang misteri dipercayai telah membunuh diri. Tambah mengejutkan lagi, selepas seminggu menguruskan mayat tersebut, seramai 12 anggota polis telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan kesihatan kerana mereka telah menguruskan mayat yang mempunyai virus Covid-19.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×