Penularan wabak maut yang menyerang seluruh dunia hari ini boleh dikurangkan sekiranya rakyat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang ramai diseru supaya duduk di rumah untuk memutuskan rangkaian penyakit. Namun, sikap sambil lewa segelintir masyarakat menimbulkan rasa kecewa terutama kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus.
Seperti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini, dia sangat terkejut apabila mendapat tahu kereta mula membanjiri bandar Seremban sejak awal pagi semalam. Dia yang bertugas di hospital mula mendapat berita kes positif baharu di Seremban mencecah 41 orang.