berita

Latest Posts

Ajal Cuci Kaki, Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Tergelincir Dalam Sungai

January 23rd, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan nasib seorang kanak-kanak tujuh tahun apabila dia menemui ajal selepas terjatuh ketika mahu mencuci kaki di tebing Sungai Terengganu dekat Pulau Duyong, Terengganu, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, terdahulu mangsa, Mohammad Aiman Alfian Abdullah dipercayai sedang bermain bola di kawasan berpasir berhampiran sungai berkenaan bersama rakannya kira-kira jam 6:30 petang. Read More

‘Hanya Orang Yang Paling Dekat Sahaja Mengenali Dirinya’- Aazief Khalid

January 23rd, 2020 | oleh Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Terpalit dengan satu kontroversi apabila membuka tudung semasa bercuti di Phuket bersama teman lelaki dan rakan-rakan, gambar Instafamous iaitu Sharifah Rose menjadi viral di media sosial.

Menerusi Instagram Aazief Khalid, sebagai teman lelaki gadis cantik itu, dia tetap akan memberi sokongan buat teman wanitanya meskipun dikutuk oleh netizen. Tambahnya, setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan.

Read More

[VIDEO] Bisikan Misteri ‘Itu Iktibar’ Sebelum Mat Motor Kemalangan Di Highway Pasir Gudang

January 23rd, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang pengguna lebuh raya di Pasir Gudang Johor terkejut dan mengalami ketakutan apabila video yang di rakamnya mengandungi suara satu entiti. Menerusi Twitter Rahman, dia merakam sekumpulan mat motor di lebuh raya secara spontan sebelum kumpulan tersebut kemalangan. Dia turut mengesyaki apa-apa yang pelik berlaku. Namun, sejurus berkongsi kepada pengikutnya di Instagram, dia mendapat banyak mesej yang mengatakan terdapat suara makhluk lain di dalam keretanya sejurus mat motor tersebut kemalangan.

Read More

Dituduh Hipokrit Tudung ‘Terbang’ Masa Bercuti Di Phuket, Instafamous Sharifah Rose Jawab Kecaman Netizen

January 23rd, 2020 | oleh Shahira
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai hubungan cinta yang terjalin antara anak tiri penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid yang sedang hangat bercinta dengan seorang model hijabista dan juga Instafamous cantik, Sharifah Rose. Percintaan mereka ini telah mendapat perhatian netizen sehingga mereka menggelarkan Aazief dan Sharifah Rose ini sebagai pasangan yang sweet dan romantis.

Terbaru, Sharifah Rose telah terpalit dengan satu kontroversi apabila gambar freehair nya semasa bercuti di Phuket bersama rakan-rakan dan juga teman lelakinya telah tersebar sehingga namanya trending di Twitter. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut digelarkan sebagai seorang gadis hiporkrit.

Read More

‘Tak Reti Bersyukur’ – Pesakit Diabetes Pulangkan Insulin Dibekalkan, Semuanya Bernilai RM3K ‘Masuk’ Tong Sampah

January 23rd, 2020 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Malaysia antara negara yang mempunyai rekod yang tinggi dalam penyakit diabetes. Pesakit diabetes di Malaysia yang didaftar melalui hospital milik kerajaan mempunyai keistimewaan kerana diberi insulin untuk diabetes yang merupakan antara ubat yang mahal secara percuma. Hal ini disebabkan inisiatif kerajaan dalam memberi subsidi perubatan kepada rakyat Malaysia.

Namun, apabila diberikan subsidi ubat secara percuma bukan bermakna seseorang pesakit itu boleh melakukan pembaziran ubat. Menerusi Twitter Nurshuhada berkongsi foto longgokkan ubat isulin diabetes yang tidak diguna oleh pesakit setelah menerima ubat tersebut. Difahamkan bahawa setiap ubat yang diberikan kepada pesakit tidak boleh digunakan semula walaupun ubat itu masih tidak digunakan lagi.

Read More

Saksi Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Jogging Kongsi Detik Cemas Bantu Mangsa

January 23rd, 2020 | oleh Amat
Kini Trending

Kematian anggota polis iaitu Koperal Khairul Anuar ketika berjogging di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kelantan menimbulkan persoalan terhadap punca kematiannya. Seorang saksi iaitu Rizal Razak menceritakan detik-detik cemas ketika cuba menyelamatkan anggota polis itu yang tidak sedarkan diri walaupun sudah melakukan bantuan penafasan (CPR).

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×