berita

Latest Posts

Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu

November 28th, 2019 | oleh Epul
Kini Trending

Urusan kerja kita setiap hari tidak hanya bergantung pada laptop saja. Bahkan, ia boleh diuruskan dari smartphonesmartwatch dan pelbagai lagi device berteknologi tinggi yang mampu mewujudkan ekosistem terbaik bagi mudahkan urusan seharian.

Kalau korang nak mudahkan kerja dan rasai keseronokan sebenar menggunakan device berteknologi tinggi, jom cuba rangkaian produk Smartlife dari HUAWEI yang menyenangkan urusan harian. Ekosistem yang dibina HUAWEI merangkumi Matebook 13, Mate 30 Pro, Freebuds 3 dan Watch GT 2 memberi idea untuk korang bekerja secara ‘pintar’.

Read More

Pemimpin Indonesia ‘Sound’ Agnez Monica, Desak Minta Maaf

November 28th, 2019 | oleh Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan penyanyi popular Agnez Monica dalam sebuah rancangan, American Music Awards telah mengundang kontroversi. Penyanyi yang sedang membina nama di Amerika Syarikat itu disifatkan lupa diri apabila membuat pengakuan bukan berasal dari Indonesia. Agnez bagaimanapun telah membuat penjelasan berhubung isu ini.

Pemimpin masyarakat Indonesia iaitu Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Pegawai Khas Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) turut memberi respon terhadap kenyataan lantang Agnez Monica.

Read More

Budak 11 Tahun Koma Selepas Terjatuh Dari Balkoni Rumah Tingkat 2

November 28th, 2019 | oleh Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas terjatuh dari balkoni tingkat dua rumahnya. Kejadian itu berlaku di Kuarters Bomba Pangsapuri Setia Wira, Bukit Mertajam. Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah itu dipercayai terjatuh dari tingkat dua selepas percubaannya untuk memanjat balkoni rumahnya itu gagal.

Read More

Larian Berhalangan Ejen Ali: Misi Ejen Rush Akan Berlangsung 1 Disember Ni!

November 28th, 2019 | oleh Noraniza
Kini Trending

Perhatian Ejen, jangan ketinggalan untuk menyertai misi terkini EJEN ALI! Primeworks Studios dan WAU Animation berganding bahu untuk menjayakan Ejen Ali: Misi Ejen Rush, acara larian berhalangan sejauh 5 kilometer yang akan diadakan buat julung kalinya dalam usaha mempromosikan filem animasi EJEN ALI THE MOVIE, yang bakal ditayangkan pada 28 November 2019, Khamis ini.

Read More

‘Sejak Dah Famous Ni Dah Sombong’ – Dituduh Lupa Diri, Achey Respon Teguran

November 28th, 2019 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Didakwa sudah lupa diri, pelawak dan penyanyi Achey, berang dengan tindakan seorang individu yang meninggalkan komen negatif di akaun Instagram miliknya.

Menurut Achey, individu yang menggunakan nama @mustaqim04 itu mendakwa Achey bertindak meninggikan suara terhadap peminatnya dalam sebuah program Santai Anak Utara (SAU) awal bulan lalu.

Read More

Tipu, Tak Benar! Anak Nafi Cerita Viral Konon Marah Bapa Sebab Jatuhkan Phone

November 28th, 2019 | oleh Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini telah viral di media sosial berkenaan seorang bapa yang ingin membaiki sebuah telefon bimbit milik anaknya. Tambah menyedihkan lagi, lelaki itu dikatakan tidak sengaja menjatuhkan iPhone 6 milik anaknya sehingga membuat anaknya mengamuk dan memarahinya. Kisah ini diceritakan sendiri peniaga telefon yang bantu membaiki telefon tersebut.

Terbaru, menerusi Facebook Kehcikk Manja, dia mendakwa peniaga telefon bimbit itu telah menjatuhkan fitnah terhadapnya dan bapanya. Dia turut menceritakan perkara yang sebenar berkenaan kejadian yang berlaku.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×