berita

‘Pak Guard’ Menyamar Jadi Pegawai Tentera Sebab Nak Pikat Janda

June 2nd, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Kosmo

Seorang pengawal keselamatan telah ditahan polis setelah menyamar menjadi pegawai tentera dan menceroboh masuk ke dalam kem tentera kerana dikatakan ingin memikat seorang wanita yang berpangkat anggota tentera bergelar janda.

Pakaian seragam, senjata ‘airsoft’ & gari antara dirampas

Foto: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, perbuatan tersebut telah memakan diri apabila suspek yang berusia 27 tahun itu diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, dalam serbuan 5.50 petang itu pihaknya telah merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.

Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.

Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018.

Tambah polis lagi, suspek juga didapati telah menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Pasukan Gerakan Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mahu buktikan berpangkat tinggi dalam ATM

Foto: Kosmo

Siasatan pihak polis juga mendedahkan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Pedas telah berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada tahun 2018 lalu.

Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM.

Jelas polis lagi, suspek juga telah membeli pakaian seragam daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×