berita

Pakai Niqab Sepanjang Bercinta, Identiti ‘Isteri’ Transgender Terbongkar Pada Malam Pertama Perkahwinan

June 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Lombok, Indonesia penyamaran seorang ‘wanita’ akhirnya terbongkar selepas si suami menyedari jantina sebenar ‘isteri’nya yang dikenali dengan nama Mit Alis Sup.

Penyamaran terbongkar

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, si suami iaitu Muh berusia 31 tahun yang juga merupakan mangsa penipuan ‘isteri’nya itu dikatakan langsung tidak mengesyaki apa-apa memandangkan sebelum ini mereka hanya mengenali di laman sosial dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta.

Difahamkan, sepanjang perkenalan mereka, ‘wanita’ terbabit iaitu Mit dikatakan sering memakai niqab. Malah, dia juga kerap mencari alasan untuk tidak membuka niqab yang dipakainya. Pasangan ini kemudian nekad untuk mendirikan rumah tangga dan pada 2 Jun 2020 mereka selamat diijabkabulkan.

‘Isteri’ meminta cerai

Tetapi malangnya, penyamaran ‘wanita’ berusia 25 tahun itu akhirnya diketahui pada malam pertama semasa si suami mengajaknya untuk melakukan hubungan kelamin. Namun sebaliknya pula yang terjadi apabila ‘si isteri’ menolak permintaan suaminya itu. Lebih mengejutkan apabila ‘wanita’ terbabit telah melarikan diri daripada rumah dan meminta cerai daripada suaminya.

Muh yang curiga dengan tindakan Mit kemudian menyelidik latar belakang dan terkejut mengetahui isterinya adalah seorang lelaki yang bekerja sebagai tatarias pengantin. Sebaik sahaja mengetahui kebenaran, Muh segera melaporkan kepada pihak polis dan kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sadiarsa.

Foto dan video mengenai pasangan ini akhirnya telah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×