
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman meluahkan kebimbangan terhadap trend lelaki masa kini yang gemar memakai seluar ketat.
Artikel Berkaitan: Elak Publisiti Murahan, Zoey Rahman Labur RM100,000 Bina Studio Interaktif
Artikel Berkaitan: Zoey Rahman Disekat Di Media Sosial Selepas Tolak Cinta Mass Factorz – ‘Kami Baru Kenal, Jumpa Pun Belum Lagi’
Hari-hati

Ketika ditemui OhBulan!, Zoey yang juga pemilik produk kosmetik Mila Series itu menitipkan pesanan terhadap golongan lelaki supaya berhati-hati dalam mengikut trend semasa yang boleh membahayakan alat sulit lelaki.
Zaman sekarang, fesyen atau stail hipster menjadi trend golongan lelaki muda. Saya sendiri pun tidak terlepas mengikut trend fesyen semasa.
Saya perlu mengikut trend semasa namun dalam masa yang sama, saya sendiri jarang memakai seluar ketat demi keselesaan dan kesihatan alat sulit.
Namun dalam berfesyen, saya risau apabila terdapat sesetengah lelaki yang gemar memakai seluar ketat atau slim fit tidak sedar itu sebenarnya membahayakan alat sulit mereka.
Kata Zoey, meskipun dia tidak pakar dalam bidang itu namun sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai figura awam menyebarkan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.
Walaupun saya bukan doktor, tetapi saya sering mengikuti perkongsian ilmu kesihatan daripada para doktor dalam acara kesihatan atau dalam media sosial.
Memakai seluar ketat sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada alat sulit lelaki.
Misalnya ia boleh meningkatkan suhu kawasan testis, merosakkan saraf dan salur darah, serta menyebabkan kerengsaan kulit dan jangkitan.
Risiko

Sementara itu, doktor perubatan dan penceramah kesihatan yang berpengalaman dalam penyakit tuan iaitu Dr Afif Mohd Ridzwan memaklumkan pelbagai risiko yang akan berlaku terhadap alat sulit lelaki yang suka memakai seluar ketat.
Suhu badan kita adalah 37 darjah selsius. Manakala suhu testis pula memerlukan suhu hanya 35 darjah selsius.
Kalau pakai seluar ketat sehingga menyebabkan testis rapat dengan badan, ia boleh menyebabkan suhunya sama dengan suhu tubuh. Itu bahaya.
Risikonya air mani atau sperma lelaki jadi kurang subur dan boleh menyebabkan kemandulan. Bukan itu sahaja, pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh memberi tekanan pada saraf dan salur darah di zakar, yang boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang.
Menurut Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, adalah lebih baik mencegah sebelum alat sulit bermasalah atau jadi penyakit.
Nasihat saya, apabila hendak tidur tu, jangan pakai seluar ketat. Pakai kain sarung lebih bagus.
Kalau nak pakai seluar dalam ketat di siang hari, boleh saja kerana ia hanya sementara. Jangan pakai lama. Barulah ada pengudaraan, peluh pun jadi kering. Jadi boleh cegah daripada sebarang penyakit.
Tapi sebalik-baik pakailah seluar longgar atau boxer. Boxer ini banyak kebaikannya. Antaranya adalah pengudaraan cukup dan testis tidak ditekan. Salur darah pun berjalan lancar.
Apabila kita sering menjaga kesihatan alat sulit kita, insya-Allah dalaman pun sihat.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)