Selain Aina Abdul, nama Janna Nick turut menjadi bualan netizen gara-gara penampilannya pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Ujar netizen, Janna kelihatan agak sedikit berisi ketika hadir pada majlis berprestij tersebut.
Tak berat ke?
View this post on Instagram
Janna yang hadir bersama kekasih hatinya iaitu Dini Schatzmann dilihat mengenakan topeng muka seolah di dalam filem ‘Squid Game’. Meskipun menutup wajah dengan topeng, pasangan ini berjaya berjalan di karpet merah dengan baik sekali. Jelas Janna, walaupun dirinya berjaya memperagakan busana tersebut dengan baik, itu tidak bermakna busana tersebut tidak berat.
Meskipun kelihatan cantik dan berseri-seri, rata-rata netizen berpendapat Janna kelihatan sedikit berisi jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini. Ujar netizen, penampilan Janna seolah ada yang ‘tidak kena’ namun, masih tampak elegan dan bergaya tatkala naik ke pentas bagi menerima trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 34.
Macam bengkak
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa cara solekan yang dilakukan terhadap Janna Nick tidak sesuai. Menurut netizen, wajah Janna seakan bengkak dan nampak berisi. Ujar netizen, pelakon ‘Leftenan Zana’ itu sesuai dengan solekan yang sangat ‘simple’ dan natural sahaja.