berita

‘Pakaian Terakhir Adik Ibu Simpan Buat Kenangan’ – Ibu Luah Rasa Sayu Anak Meninggal Akibat Kanser

January 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tidak ada mana-mana ibu bapa yang sanggup melihat anak kecilnya menderita akibat penyakit yang mampu membawa maut. Lebih memilukan apabila derita yang ditanggung anak kecil ini berakhir dengan sebuah kematian.

Seperti perkongsian yang dibuat wanita ini di laman Facebooknya, dia akhirnya terpaksa redha dengan pemergian anak perempuannya yang baru berusia lebih 7 bulan selepas sekian lama bertarung dengan penyakit kanser. Sebaknya!

Meninggal di pangkuan ibu

Anakanda Nor Atikah binti Mohd Anuar sudah pergi meninggalkan kita. Pergi ke dunia abadi pada pukul 3.46 petang semalam. Banyak hari adik tak nak orang ganggu, tak nak disentuh sampai ibu takut nak riba adik.

Tapi semalam adik relakan juga ibu riba adik, masa ibu ambil riba dipangkuan, tubuh adik lemah longlai, nafas adik lain macam, bahu adik jatuh. Ibu panik siapkan apa yang perlu nak pergi hospital.

Masa on the way nak pergi hospital, adik meninggal dalam pangkuan ibu. Ibu sempat bisik dekat adik kalimah syahadah. Ibu halalkan susu ibu dekat adik. Lepas tu adik dah tak bernafas. Ibu cek nadi adik, memang dah tiada. Ibu abah panik dalam kereta. Abah drive laju sampai hospital.

Masa sampai dekat emergency, doktor dah tunggu nak sahkan adik. Cek nadi adik semua, memang adik dah tiada. Doktor datang peluk ibu, ibu sabar ya.

Simpan baju terakhir sebagai kenangan

Pakaian adik yang terakhir akan ibu simpan buat kenangan. Alhamdulillah proses pengurusan anak syurga ibu memang cepat. Semua orang membantu ibu, semua orang nak tengok adik. Muka adik cantik sangat.

Jenazah adik dimandikan di Masjid Besar Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara. Adik selamat dikebumikan lepas Maghrib 22/1/2020 di tanah perkuburan Kota Damansara.

Buat saudara di Kelantan, maaf Ain terpaksa uruskan adik dekat sini sebab tak nak bagi adik terseksa lebih lama. Sebab adik dah lama sakit.

Ibu sayang adik. Berehatlah adik. Berterbangan adik di taman syurga dijaga Malaikat. Adik boleh jumpa dengan Allah. Nanti adik tarik ibu dan abah masuk syurga sekali ya.

Sumber: Facebook Ain Khosim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×