Wah, apa kena mengena ikan dengan Bob Marley? Bagi anda yang mengenali, Bob Marley memang terkenal dengan lagu-lagu seperti “No Woman, No Cry” dan juga lagu berkenaan marijuana. Bob Marley sendiri adalah seorang pengguna marijuana yang tegar.
Berita terbaru dari Hollywood, seorang pakar biologi marin bernama Paul Sikkel telah menamakan seekor ikan spesis baru yang dijumpai di kawasan batu karang kepulauan Caribbean sempena nama Bob Marley.
Menurut Sikkel, “Saya namakan spesis baru ini, yang sememangnya adalah keajaiban alam, disebabkan respek dan minat saya pada muzik Marley. Tambahan lagi, spesis ini memang unik seperti Caribbean dan Marley itu sendiri.”
Untuk pengetahuan, ikan dari keluarga ‘gnathiid isopod’ ini dinamakan “Gnathia Marleyi”.
Sumber : Contact Music