berita

Pakar Diet Dedah Diet Atkins Tidak Sihat & Berbahaya, Ini Sebabnya..

November 15th, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Untuk mendapatkan berat badan idaman bukanlah mudah. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menurunkan berat secara cepat dan sihat. Antara kaedah yang selalu diamalkan adalah diet atkins, intermittent fasting (IF), suku-suku separuh, dan ketogenic.

Diet atkins merupakan salah satu diet paling popular dimana makanan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula dihadkan pengambilan supaya badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga. Namun, tahukah anda diet seperti ini boleh menjejaskan kesihatan di masa hadapan? Di Twitter, pakar diet, Jazeera Julaili menerangkan secara jelas jenis-jenis diet dan kesan sampingan daripadanya.

Risiko masalah buah pinggang

Menurutnya, diet jenis atkins adalah tidak digalakkan dan sebagai pakar diet, dia melihat ramai pesakit menghadapi masalah buah pinggang disebabkan diet jenis ini. Jelasnya lagi, buah pinggang akan terjejas berikutan terpaksa bekerja lebih kuat untuk menapis protein dan lemak yang dihasilkan. Air di dalam badan tidak cukup untuk menampung ‘kerja keras’ buah pinggang. Akhirnya, terhasillah ketone bodies dan paras asid uric pun meningkat.

Fakta mengenai diet atkins, ketogenic dan IF

Menerangkan secara lebih terperinci, pakar diet ini menjelaskan apa itu diet jenis atkins, ketogenic dan intermittent fasting. Diet atkins adalah diet untuk pesakit epilepsi di mana ianya tidak sesuai untuk diamalkan oleh orang biasa. Pada peringkat awal, karbohidrat akan dikurangkan sehingga memaksa badan menggunakan lemak untuk menghasilkan tenaga.

Oleh itu, diet jenis ini boleh mengundang risiko kanser usus dan penyakit buah pinggang. Malahan, bagi pesakit epilepsi sendiri, mereka akan diberikan suplemen untuk mengelakkan risiko osteoporosis.

Memaksa pembakaran lemak

Lebih kurang dengan diet jenis atkins, diet ketogenic juga tidak sesuai diamalkan kerana pengambilan lemak yang tinggi dan kurang kalori boleh menggalakan penghasilan ketosis. Karbohidrat yang rendah di dalam badan akan memaksa pembakaran lemak untuk menyelamatkan keadaan.

Untuk diet jenis Intermittent Fasting iaitu berpuasa pula, masih tiada kajian untuk menentukan sama ada diet ini memberi kesan sampingan kepada badan ataupun tidak. Namun secara logiknya, penurunan berat badan secara mendadak pastinya mempunyai kesan sampingan yang tidak diketahui.

Suku suku separuh lebih selamat

Oleh itu, sebagai pakar diet Juzaili Jazeera menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kaedah suku-suku separuh dimana terdapat sukatan seimbang merangkumi karbohidrat, protein dan serat di dalam satu pinggan.

Sumber : Jazeera Julaili

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×