berita

‘Pakcik Botak Tu Bukan Gua’ – Joe Flizzow

April 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Semalam, tular video empat suspek yang dipercayai melanggar serta menyamun pemandu kereta lain di media sosial.

Artikel Berkaitan : 4 Samseng Serang Pemandu Kereta Berjaya Ditahan, Semua Positif Dadah

Namun, wajah salah seorang suspek yelah menjadi perbualan hangat oleh netizen gara-gara suspek tersebut disamakan dengan seorang artis hiphop terkenal iaitu Joe Flizzow.

Joe Flizzow nafi individu terbabit bukan dirinya

Pada mulanya, Joe Flizzow hanya tergelak dan bertanya apa yang telah dilakukan oleh lelaki berkenaan sehingga ramai yang mengatakan bahawa wajah mereka sama.

Ramai yang terhibur serta menjadikan ia sebagai bahan lawak dengan menggunakan gambar tersebut sehingga Joe Flizzow memuat naik videonya yang menafikan bahawa individu yang tular berkenaan bukan lah dirinya.

‘Pakcik botak tu bukan gua siot!’

‘Habis tu siapa pakcik tu? Macam sama je Joe’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan memang muka lelaki berkenaan sama seperti Joe Flizzow. Malah ada juga yang mengatakan lelaki itu merupakan ‘dua pupu’ kepada Joe Flizzow.

Sumber : flizzow

SKIP THIS AD ×