berita

Pakcik Disahkan Positif Covid-19, Wanita Kongsi Apa Yang Perlu Kontak Rapat Lakukan

March 17th, 2020 | by faris
Kini Trending

Bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang dilihat semakin meruncing, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan yang dijadualkan bermula esok, 18 Mac 2020. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter berkongsi bagaimana dia menangani kemungkinan dijangkiti apabila bapa saudara suaminya disahkan positif Covid-19.

Pakcik suami disahkan positif Covid-19

Menurut Elisa Bustaman, dia menerima berita pakcik kepada suaminya disahkan terkena jangkitan Covid-19. Mereka duduk berhampiran ketika menghadiri majlis kenduri keluarga mertuanya itu. Malahan, anak-anak dan suaminya ada bersalam-salaman dengan bapa saudara berkenaan.

Elisa kemudiannya memaklumkan kepada bosnya mengenai apa yang berlaku. Dia cuba menghubungi hotline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan laman web namun tidak berjaya sebelum ke klinik kesihatan kerajaan berhampiran.

Alami batuk-batuk

Keempat-empat mereka sekeluarga mengalami batuk-batuk dan mengenakan mask muka dan hand sanitizer untuk tujuan kebersihan. Staf klinik mengambil suhu badan setiap daripada mereka sebelum membuat pendaftaran.

Tempat menunggu dibahagikan kepada 2 iaitu untuk mereka yang mempunyai simptom batuk, demam dan sebagainya manakala satu lagi hanya untuk mereka yang sihat.

Didatangi staf dengan sut hazmat

Mereka tidak lama selepas itu didatangi staf dengan sut hazmat untuk membuat ujian paru-paru dan tekak. Pakcik mereka tidak bersin atau batuk ketika bersama mereka membuatkan staf menyimpulkan keluarga itu tidak dijangkiti. Mereka hanya dikehendaki mengkuarantin diri sendiri selama 14 hari dan akan diikuti perkembangan oleh staf kesihatan setiap hari.

Ambil masa 2 jam 30 minit

Sumber: Elisa Bustaman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×