berita

Askar Thailand Ini ‘Tahan’ Seorang Lelaki Tua Berbasikal, Bila Ditanya Rupanya Dari Malaysia

October 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Tular sebuah video menyaksikan seorang warga tua sanggup berbasikal dari Bukit Kayu Hitam ke Kelantan setelah bertemu saudara-mara di sana. Video ini dimuatnaik menerusi laman Facebook salah seorang anggota tentera Thailand, Dek-chai Yuyee dan mendapat perkongsian lebih 1.5ribu serta 65ribu tontonan.

Apa yang menarik adalah sebuah pengorbanan pakcik ini untuk menziarahi saudaranya di Kedah dan terpaksa melalui beberapa buah negeri di Thailand termasuk Songhkla, Yala dan Pattani.

Selamat jalan, pakcik

https://www.facebook.com/asree.chamachee/videos/1963429210369934/

Rakaman video ini dilakukan salah seorang anggota tentera Thailand yang berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Thai. Kelihatan anggota tentera Thailand ini sangat kagum dengan persiapan dan peralatan yang terdapat pada basikal pakcik ini. Peralatan yang lengkap termasuk pam angin basikal, kunci basikal, sumber makanan dan sebagainya.

Pakcik ini ditahan oleh anggota tentera Thailand untuk membuat pemeriksaan semasa dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke Kelantan. Menurut pakcik, dia akan menetap di Kedah selama sebulan bersama saudara dan akan teruskan kayuhannya pulang semula ke Kelantan.

Sebulan lebih saya tinggal di Kedah tu. Lepas sebulan lebih kalau teringat saudara, saya akan datang balik. Nak datang Kelantan kena cross sini (kawasan Thailand). Kalau tak, lalu Gunung Titiwangsa… tinggi dan letih nak kayuh basikal.

Anggota tentera Thailand ini turut memuji semangat pakcik itu dan mengucap selamat jalan. Mereka mengakui bahawa pengembaraan pakcik itu adalah sesuatu yang mencabar.

Disediakan pelbagai kelengkapan

Menerusi posting status Dek-chai Yuyee dalam bahasa Thailand ini, dia memuji sikap dan pengorbanan pakcik yang sanggup mengayuh basikal beratus kilometer demi berjumpa saudaranya. Pakcik ini juga ke Yala untuk meneruskan aktiviti dakwah di sana.

Semua manusia mempunyai haluan hidup dan cerita tersendiri. Sekurang-kurangnya perjalanan itu kita dapat melihat keindahan panorama ciptaan Tuhan. Pakcik ini telah sebulan di rumah saudaranya di Kedah dan hari ini dia kembali pulang ke Kelantan untuk meneruskan aktiviti dakwah di Yala. 

Saya amat menghormati semangatnya. Dia bawa bersama segala kelengkapan di basikal termasuk sumber makanan, kelengkapan pengembaraan dan pakaian diri. Dan apa yang penting ialah dia mengikut peraturan dan undang-undang negara dengan betul. Selamat pergi dan sehingga berjumpa lagi, kami akan membantu pakcik sebagai tetamu kami.

Dia tak nak apa-apa bantuan

Saya tahan dia bukan sebab apa tapi mahu hulurkan bantuan. Mungkin saya boleh membantunya. Ketua kami menghulurkan sedikit wang tapi dia menolak. Nak hantar separuh jalan juga ditolak tawaran itu. Akhirnya dia cuma minta 2 botol air minuman dan meminta izin untuk pergi dulu. Semoga pakcik ini sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Semoga selamat sampai

Sumber: Dek-chai Yuyee

SKIP THIS AD ×