berita

‘Pakcik Tungggu, Nanti Surat Sampai Rumah’ – Teknologi Baru JPJ Lebih Telus & Anti Rasuah

February 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejajar dengan teknologi yang semakin pesat membangun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut ke hadapan dalam memberikan saman kepada orang awam yang melanggar kesalahan lalu lintas. Difahamkan, menerusi teknologi baru ini, seseorang yang disaman hanya perlu menunggu surat saman sampai ke rumah dan surat tersebut tidak diterima terus di tempat kejadian.

Inisiatif ini dijalankan bagi mengurangkan kadar salah laku etika yang melibatkan pengambilan rasuah terhadap anggota penguatkuasa JPJ.

Tunggu surat sampai di rumah

Menerusi video yang berdurasi hampir dua minit itu, memaparkan seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar telah disaman oleh seorang penguatkuasa JPJ yang bertugas. Bahkan, lelaki ini juga sempat menceritakan teknologi baru yang telah diimplementasikan di bahagian unit JPJ.

Ni saya record ni, tunggu surat tau.

Difahamkan, rakaman tersebut akan terus dimasukkan ke dalam sistem, dan penerima saman akan menerima surat saman di rumah tanpa perlu menandatangani apa-apa surat.

Tunggu saya hantar surat nah, tunggu saya hantar surat, jalan.

Disokong oleh rakyat

Pada masa yang sama, orang awam turut memuji inisiatif terbaru pihak JPJ yang secara tidak langsung dapat mengurangkan salah laku anggota JPJ ketika menjalankan tugas.

Di samping itu, rakaman tersebut juga dapat dijadikan bukti jika berlakunya salah faham di antara mereka.

Mesra, Cekap, Telus

Macam ini lebih baik

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dengan sistem terbaru yang digunakan oleh pihak JPJ. Tidak berakhir di situ, mereka turut menggesa supaya pihak polis turut menggunakan inisiatif ini dalam mengurangkan kes salah laku melibatkan anggota polis yang semakin bertambah saban hari.

Sumber: Jalal Misai

SKIP THIS AD ×