berita

Paknil & Penyampai ERA FM Bersama Jayakan Solat Hajat Mendoakan #MH370

March 10th, 2014 | by Ai
Kini Trending

paknil

Benarlah kata orang, cakap-cakap kosong dan kemaskini status di laman sosial sahaja tidak cukup jika tidak melakukan apa yang diperkatakan.

Sesuai dengan situasi sekarang di mana ramai masyarakat mengambil berat dengan insiden kehilangan pesawat MAS termasuklah para selebriti tempatan yang melahirkan rasa simpati terhadap keadaan mangsa dan ahli keluarga mereka.

Selain mendoakan keselamatan #MH370, ramai juga selebriti yang mengambil pendekatan melakukan solat hajat besar-besaran agar pesawat terbabit dan krew serta penumpangnya segera ditemui.

aznil

Melihat kepada laman Instagram milik Datuk Aznil Hj Nawawi, pengacara terkenal itu dan penyampai radio ERA fm iaitu Zahid dan Adi Fashla bersama-sama mengikuti jemaah yang lain di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail bagi memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T malam tadi.

Sementara itu, pelakon Ika Nabella juga berharap semoga para peminatnya dapat menyertai majlis solat hajat yang akan dilakukan pada malam ini di Masjid Kota Damansara agar proses mencari dan menyelamat dapat dipermudahkan.

ika nabella

Khabarnya lebih banyak lagi Solat Hajat telah dilakukan dan akan terus dilakukan di seluruh negeri bagi mendoakan yang terbaik untuk tragedi kehilangan ini. Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat terus tabah menghadapi dugaan.

SKIP THIS AD ×