berita

‘Paling Takut Sekali Bila Guru Yang Mendidik Kita Tak Redha & Ikhlas Dalam Ajaran’ – Shahrulezad

June 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Video viral berkenaan kes seorang guru yang didakwa merotan seorang pelajar yang memanggilnya ‘ah kua’ atau pondan telah mendapat perhatian orang ramai. Baru-baru ini juga, pelakon Sharnaaz Ahmad turut memberi respon berkenaan isu viral tersebut.

Turut memberi respon berkenaan isu itu ialah pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin yang menyatakan bahwa pentingnya redha dan keikhlasan guru dalam mendidik anak-anak muridnya.

Hilang rasa redha dan ikhlas itu

Antara benda yang paling abang takut sekali bila guru yang mengajar dan mendidik abang dalam diam tidak merasa REDHA dan IKHLAS dalam ajaran dan didikkannya. Sama seperti bila ibu dan ayah kita sendiri mula hilang rasa REDHA dan IKHLAS itu. Rasa rasanya apa akan jadi pada anak murid tersebut pada masa hadapannya?

Siapa yang rugi bila seorang guru itu mula tawar hati dalam mendidik anak anak muridnya. Abang rasa yang paling rugi sekali ialah ibu bapa itu sendiri. Separuh dari masa mendidik anak anak kalian telah diangkat keberkatannya. Apalah maknanya hidup kalau tiada keberkatan.

Hukuman satu cara mendidik

Abang percaya. Abang menjadi seperti sekarang selain dari doa dan harapan ibu, ayah dan keluarga abang, abang juga percaya semua ni keberkatan hasil didikan guru guru abang yang abang kasihi. Ya abang pernah didenda secara fizikal mahupun secara verbal tapi abang bersyukur abang masih mampu melihat hukuman dan denda itu sebagai satu cara dalam mendidik abang.

Tak ada sebesar zarah pun rasa dendam dalam diri abang pada guru guru abang. Malah abang berterima kasih, kerana abang percaya guru guru abang tentu merasa bangga dengan pencapaian abang dan rakan rakan abang yang lain. Abang tahu mereka tersenyum puas sebab di sebalik rotan dan kata kata tajam yang pernah dilemparkan, doa juga tidak putus putus mengiringi kami, anak murid muridnya ini. Segala parut atau memori didenda abang akan renung dalam senyum sebagai kenangan manis. Parut itu lah yang menjadikan abang seperti sekarang.

Terlepas separuh keberkatan

Terima kasih pada semua guru guru abang yang pernah menyumbang jasa dalam membantu mak ayah abang mendidik abang selama ini.
Untuk semua guru guru di luar sana, abang harap apa yang berlaku kebelakangan ini tentang sikap kurang ajar sesetengah murid dan ibu bapa mereka yang jahil dalam memahami konsep keberkatan dalam mendidik anak please jangan give up ok. Abang akan sentiasa mendoakan kalian dipermudahkan urusan dalam mendidik anak bangsa Malaysia.

Untuk ibu bapa yang banyak songeh itu ini satu je abang nak bagitahu. Korang yang rugi sebenarnya kerana terlepas mendapatkan sebahagian keberkatan dalam mendidik anak anak kalian. Korang tunggulah anak korang besar esok jadi apa. Masa tu kalau nak menyesal pun tak guna. Think.

Sumber: Shahrulezad Mohameddin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×