berita

Panaflex Patch Penyelesaian Pantas Untuk Masalah Sakit Badan

July 25th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Sakit badan boleh terjadi disebabkan banyak faktor termasuk tekanan, rutin sedentari, postur yang tidak betul atau bekerja secara berlebihan.

Bila sebut tentang kerja berlebihan mesti ramai yang boleh relate kan? Sebab Malaysia, terutamanya bandar Kuala Lumpur telah direkodkan sebagai top 3 diantara bandar yang paling ramai orang overworked¹.

Dalam keadaan rutin harian yang sibuk dengan kerja ini, pastinya kita perlukan penyelesaian pantas dan mudah untuk legakan kesakitan betul tak?

Cuba Panaflex Patch, mampu legakan kesakitan dalam 80 saat

Jenama terkenal Panadol mengambil serius masalah sakit badan di kalangan rakyat Malaysia, sebagai respon baru-baru ini mereka memperkenalkan rangkaian produk baharu, Panaflex Hot Patch dan Cold Patch untuk membantu melegakan rasa sakit dalam masa 80 saat sahaja.

Ye! 80 saat je guys, pantas! Paling penting, ianya juga mudah digunakan. Korang hanya perlu tampalkan patch tersebut di kawasan otot yang sakit dan boleh teruskan aktiviti harian seperti biasa.

Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon, Bryan Wong dalam satu kenyataan menyifatkan bahawa syarikat mereka komited dalam memperluaskan rangkaian produk melegakan kesakitan sedia ada bagi memenuhi pelbagai keperluan.

Tambahnya lagi, visi utama syarikat itu adalah untuk membebaskan orang ramai daripada rasa sakit agar mereka dapat lebih menyerlah.

Keberkesanan Panaflex Patch diperakui selebriti popular Awal Ashaari, beliau yang sering bekerja lebih masa ada kalanya turut terkesan dengan masalah sakit badan.

Namun, beliau lega kerana Panaflex Patch adalah penyelamat yang mampu mengurangkan rasa sakit dengan pantas walau di mana pun beliau berada.

Haa.. korang pun lepas ini kalau ada rasa kurang selesa atau sakit di sekitar otot badan, terus ambil Panaflex Patch dan tampal tau! Gerenti lega!

Panaflex Patch tersedia di rangkaian farmasi seluruh Malaysia

Panaflex Hot Patch serta Cool Patch boleh didapati di seluruh rangkaian farmasi di Malaysia terutamanya Watsons yang berhampiran korang.

Jika memerlukan sebarang maklumat lanjut, layari laman web rasmi Panadol di https://www.panadol.com/.

Rujukan

¹ Kajian meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar ketiga yang paling teruk bekerja (overworked) di dunia.  SAYS. Ogos 2022.

SKIP THIS AD ×