berita

Panas! Izreen Azminda & Suami Sah Cerai Talak Satu

June 11th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

url

Akhirnya selepas berteka-teki selama hampir dua minggu, pelakon cantik dan popular, Izreen Azminda melalui sebuah akhbar hari ini mendedahkan bahawa dia dan suaminya telah pun sah bercerai talak satu dihadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kelmarin

Menurut Izreen, mereka berdua bercerai secara baik dan pelakon ini tidak membuat sebarang tuntutan terhadap suaminya, Muhammad Riza.

“Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa,.” – dipetik dari Kosmo!

Isu ini bermula apabila timbul sebuah gosip mengatakan Izreen telah diceraikan di sebuah set penggambaran oleh suaminya. Bukan setakat itu, khabar angin turut mengatakan bahawa punca kemelut rumahtangga mereka bermula adalah disebabkan oleh orang ketiga.

Screen Shot 2014-06-11 at 8.28.35 AM

Izreen dan Muhammad Riza sah cerai talak satu semalam

Namun Izreen menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan sehingga kini belum jelas lagi apakah punca sebenar yang mengusutkan rumahtangga Izreen dan suaminya.

Untuk pengetahuan, hasil perkongsian hidup Izreen dan Riza sebelum ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar berumur 10 bulan.

Apa pun yang berlaku, diharapkan Izreen Azminda dan Muhammad Riza dapat mencapai kata sepakat yang baru demi anak mereka. Kan?

P/S : Selidik dahulu sebelum percaya cakap-cakap orang. Melayu ni memang biasa ramai yang dengki.